Page 106 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 106
“Dengan aku memaafkannya, Allah Yang Maha Pengampun sedang
menyapa aku untuk menyampaikan setitis cahaya kemaafannya
melalui diriku. Agar hatinya tersentuh dan menyedari bahawa sebesar
manapun kesalahan dan dosanya, namun kasih sayang dan
pengampunanNya lebih besar. Aku sedang diberi peluang untuk
mengenalkan kasih sayang Allah pada hambaNya...”
Terima kasih Ya Allah...
Dan ketika saya mendapatkan jawapan-jawapan ini, bukan sekadar
kemaafan yang hadir, malah saya berterima kasih pada mereka yang
mengkhianati dan menyakiti saya.Sebab mereka adalah guru disiplin
yang tegas membentuk saya menjadi versi saya yang terbaik.
Sebab dalam kehidupan, perlu ada yang menjadi watak jahat, supaya
watak hero terserlah kepahlawanannya.Betapa dia berkorban
menjadi watak jahat yang tidak ‘famous’ semata-mata supaya kita
menjadi hero yang ‘famous’!
Terima kasih wahai guru disiplinku!
Jadi sahabat… hari ini demi kedamaian hati kita, marilah kita buka
kiran dan hati kita, untuk bersama hening, renungkan dan
bertanyakan soalan-soalan ini:-
89