Page 111 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 111
Dan kita mahu semuanya memenuhi kekosongan jiwa kita. Tak lain
dan tak bukan untuk merasakan setitis kebahagiaan.
Namun seberapa sering pasangan kita tidak seperti yang kita
harapkan?
Seberapa sering anak-anak mengecewakan kita?
Dan sering kali kawan-kawan menyakiti kita?
Kebahagiaan yang diharapkan semakin jauh dan semakin hilang.
∞ ∞ ∞
Sahabat,
Saya juga dulu begitu, mencari kebahagiaan dengan berharap suami,
anak dan orang keliling saya menghargai dan menyayangi saya.
Namun kebahagiaan itu hanya sebentar dan sering kali saya kecewa
dan hampa dengan harapan yang tidak terpenuhkan.
Sehinggalah saya menyedari bahawa kebahagiaan bukan dengan
mendapatkan sesuatu, tetapi kebahagiaan adalah ketika saya
memberi sesuatu. Pemberian bukan sekadar wang ringgit, tetapi apa
sahaja yang boleh saya buat agar ada makhluk yang senang,
berbahagia dan senyuman menghiasi wajahnya.
Itulah kunci kebahagiaan. Memberi dari hati.
94