Page 113 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 113
Sebab itulah alasan utama mengapa saya menulis buku ini, kerana
dengan melihat sahabat-sahabat membuat latihan yang saya berikan
setiap hari, membaca perkongsian kesedaran yang sahabat dapatkan
melalui program online Ajari Hatiku, membuat hati saya
berbunga-bunga bahagia.
Apakah ada kebahagiaan yang lebih tinggi dari mengetahui bahawa
aku pernah membuat seseorang tersenyum?
Apakah ada kebahagiaan yang lebih indah berbanding mengetahui
bahawa aku menjadi sebahagian dari kisah perubahan pasangan
yang hampir bercerai menjadi intim kembali?
Apakah ada kebahagiaan yang lebih manis berbanding ketika aku
menyedari bahawa Allah mengizinkan aku menjadi alat-Nya untuk
menyentuh hati-hati makhlukNya untuk merasakan kasih sayangNya?
96