Page 117 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 117
Sahabat,
Di Vietnam semasa perang dunia kedua ada seorang lelaki yang
dikerahkan untuk menjadi tentera ke medan perang. Dia terpaksa
meninggalkan isterinya yang sedang hamil bersendirian di rumah.
Mereka menangis cukup lama saat berpisah. Mereka tidak tahu
apakah si suami ini akan kembali dengan selamat, kerana seringkali
tentera pergi tidak pulang-pulang.
Namun Tuhan mengizinkan lelaki ini terselamat dari menjadi korban
peperangan dan sebarang kecederaan. Beberapa tahun kemudian,
dia dibebaskan dari ditugaskan. Isterinya sangat gembira mendengar
khabar bahawa suaminya akan pulang.
Dia pergi ke pintu gerbang desa dan menyambut suaminya, dia
ditemani anak lelakinya yang masih kecil. Anak kecil itu telah
dilahirkan saat ayahnya masih bertugas dalam pasukan tentera.
Pada saat mereka bertemu kembali, mereka menangis dan saling
berpelukan, mereka menitiskan air mata kegembiraan. Mereka sangat
bersyukur, lelaki tersebut selamat dan pulang ke rumah.
Saat itu adalah pertama kalinya lelaki itu melihat anak lelakinya yang
masih kecil.
100