Page 137 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 137
“Ya Allah... bukankah Kau Maha Hebat... bukankah terlalu mudah
untukmu membuat semua hal menjadi sempurna? Bukankah amat
mudah untuk kau jadikan semua manusia baik? Mengapa realitinya
tidak begitu? Apakah makna semua kekecewaan dan kehampaan ini
Ya Allah...?”
Lama saya berdoa dan memohon jawapan. Sungguh Allah itu Maha
Mendengar doa dan pengaduan kita...akhirnya saya mendapat
jawapan... “Menerima dan menyayangi mereka yang tidak sempurna
itulah kesempurnaan.”
∞ ∞ ∞
Sahabat,
Sering kali dalam hidup, kita memandang kehidupan dengan mata
kiran dan akal kita yang terbatas. Mahu orang semua baik, mahu
pasangan penuh tanggungjawab, mahu semua sempurna.
Sedangkan kesempurnaan bukanlah begitu. Dan jika Allah mahu,
adalah sangat mudah bagi-Nya untuk menjadikan semua sempurna
umpama malaikat. Dan Allah telahpun ciptakan malaikat yang tiada
cacat celanya.
Namun Allah ciptakan kita yang penuh dengan kekurangan.
Mengapa?
120