Page 155 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 155
Maha Besar Tuhan!
Terima kasih atas perhatian-Mu padaku hari ini. Terima kasih atas
kasih sayang-Mu hari ini. Betapa Kau sentiasa ADA... betapa Kau
sentiasa memerhatikanku, betapa Kau sentiasa menjagaku… betapa
Kau sentiasa hadir di saat ini.
Terima kasih Ya Allah...
Dan ketika saya menyedari ini semua, perlahan-lahan ada rasa yang
sangat indah dan manis mengalir di hati ini.
Apakah ada yang paling indah dari kasih sayangNya Yang Maha
Pengasih, Penyayang dan penuh cinta? Apakah ada yang paling
membahagiakan ketika menyedari bahawa Yang Maha Menjaga,
Yang Maha Memberi dan Yang Maha Baik sentiasa menyapa kita di
saat ini?
Inilah kebahagiaan tertinggi dan hakiki.
138