Page 212 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 212
Allah seperti memberi peluang kedua buat saya. Setelah beberapa
minit saya ‘tidak bernafas’ saya kembali semula ke dalam tubuh
badan saya. Saya kembali bernafas.
Inilah ‘turning point’ hidup saya.
Itulah permulaan pencarian saya akan hakikat diri, kehidupan dan
ketuhanan.
∞ ∞ ∞
Sahabatku,
Kematian itu pasti. Kematian itu benar. Apakah yang kita akan bawa
kelak? Adakah amal kebaikan kita? Apakah kedamaian hati akan
mengiringi kematian kita?
∞ ∞ ∞
Sahabat,
Lama saya mencari jawapan akan kesakitan yang saya alami ketika di
ambang maut itu.Kesakitan itu bukan kerana siksa kubur atau neraka
yang saya bayangkan selama ini, tetapi ia lebih lagi.
195