Page 209 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 209
Terjadi diskusi panas diantara anak-anak yang ingin memakaikan
stokin kaki koyak dan Pak Ustaz yang melarangnya. Kerana tidak ada
titik temu, dipanggilah penasihat keluarga sekaligus seorang
peguam. Beliau menyampaikan:
“Sebelum meninggal, bapak mengirimkan surat wasiat, mari kita
buka bersama-sama siapa tahu ada petunjuk…”
Maka dibukalah surat wasiat buat anak-anaknya yang dititipkan
kepada peguam tersebut. Ini bunyinya:
“Anak-anakku, pasti sekarang kalian semua sedang bingung, kerana
dilarang memakaikan stokin kaki koyak kepada mayat ayah... lihatlah
anak-anakku padahal harta ayah banyak, wang berlimpah, beberapa
kereta mewah, tanah dan ladang dimana-mana, rumah mewah
banyak...juga ada anak-anak yang setaat kamu semua... tetapi tidak
ada ertinya, ketika ayah sudah mati.Bahkan stokin kaki koyak pun
tidak boleh dibawa mati.
Begitu tidak berertinya dunia, kecuali amal kebaikan yang kita
lakukan.
192