Page 23 - BHTHN E1-2021
P. 23
Seiring dengan pendidikan norma baharu, IKM TSYA juga telah membangunkan e-Quiz Widget (kuiz
pengetahuan yang interaktif) yang turut mensasarkan murid sekolah rendah tahap dua dan telah
mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh negara.
e-Expo IKM TSYA 2021 telah berlangsung secara FB Live bersama dua orang moderator yang Berjaya
menceriakan suasana iaitu Encik Mohd Karafi bin Salleh dan Encik Mohammad bin Abd Ghapar. Ianya
telah mendapat liputan yang amat membanggakan dengan capaian tertinggi 18.2K People Reached,
6.3K 3s Video Views dan 4.1K Engagement.
Pelbagai segmen yang disajikan telah berjaya menggilap dan mengenengahkan kemahiran serta ba-
kat pelajar khususnya di dalam amalan pembudayaan keusahawanan. Program yang bersiaran dari
konti, bermula dengan acara perasmian oleh Timbalan Pengarah MARA Negeri Pahang, Encik Che
Safie bin Che Omar diikuti dengan beberapa slot promosi pelbagai produk jualan pelajar, alumni
dan usahawan MARA baik secara langsung dari konti mahu pun secara dalam talian dari premis
usahawan terbabit. Turut disiarkan beberapa liputan lintas langsung bagi slot Servis Kenderaan
dari Pusat Inkubator IKM TSYA, Jualan Perabot dari bengkel Diploma Pembuatan Perabot, slot Cu-
cian Kereta oleh pelajar dan juga slot kursus-kursus dalam talian yang sedang berlangsung.
VIDEO MONTAJ EKSPO
23