Page 26 - BHTHN E1-2021
P. 26

SEMINAR PENDIGITALAN MENINGKATKAN PRESTASI SYARIKAT



                  Webinar  yang  berlangsung  pada  15  April  2021  ini  adalah  mengenai

                  bagaimana proses pendigitalan membantu dalam meningkatkan pres-
                  tasi sesebuah syarikat serta dapat meningkatkan keuntungan. Sebagai
                  contoh,  bagi  institusi  pendidikan,  proses  pendigitalan  mampu  mem-
                 bantu  dalam  mempermudahkan  serta  mempercepatkan  proses  kerja
                 bagi sesuatu prosedur. Seminar anjuran Perbadanan Produktiviti Ma-
                 laysia  (MPC)  Wilayah  Pantai  Timur  dengan  kerjasama  Pejabat  MARA

                 Pahang dan SME Corp Pahang ini telah mendapat sambutan bukan sa-
                 haja dari penggerak industri dan syarikat, malah kakitangan awam dan
                swasta di seluruh negeri Pahang. Seminar ini telah disampaikan oleh Tn
                Hj Kamaruzaman Bin Jahidin.—MasturaZainun



         JOM BACA 10 MINIT BERSAMA

                Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan semua Perpustakaan di seluruh Malaysia sekali lagi te-
                lah mengadakan Program “Jom Baca Bersama 10 Minit” pada 22 April 2017 (Khamis) di seluruh

               negara.  Program  ini  diadakan  sebagai  salah  satu  usaha  menggalakkan  budaya  membaca  di  ka-
               langan rakyat bagi tujuan melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan. ”Jom Baca
               Bersama 10 Minit” ini diadakan serentak di seluruh negara sama ada di perpustakaan atau di pusat
               masing-masing.— NorAzwaniJamaludin















































                                                           26
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31