Page 30 - BHTHN E1-2021
P. 30

BICARA TEKNIKAL




                     KENALI CAT

                  Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan untuk mem-
                  beri lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi,
                 konkrit, batu-bata, dan lain-lain lagi.

                 Fungsi cat ialah :
                 •  Melindungi daripada kerosakan-kerosakan yang di sebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga,
                 pengoksidaan dan sebagainya.
                 •  Mencantikkan pemandangan.
                 •  Perlindungan dari air, debu dan kotoran.

                Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri daripada oksida besi,
                amber,  kromium,  oksida  zink  dan  lain-lain  lagi.  Cecair  cat  pula  mengandungi  bahan-bahan
                pengikat (binder) dan pelarut (thinner). Bahan pengikat berfungsi melekatkan pewarna pada permukaan
                yang dicat serta memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat
                dan memberi kesenangan kerja semasa mengecat. Pelarut yang kerap didapati adalah turpentin dan spirit
                putih.  Mutu  cat  sentiasa  dipertingkatkan  mengikut  perkembangan  teknologi  dan  permintaan  pengguna
                yang semakin bertambah. Kebanyakkan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus, tidak payah dicampur
               dengan bahan lain.

               Jenis Cat:
               Cat Minyak
               Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan
               pelarutnya dan pengoksidaan. Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapis cat diperlukan iaitu lapisan asas,
              lapisan alas dan lapisan kemasan. Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah
              sebagai pewarna. Cat lapisan kemasan pula mengandungi minyak varnis, pewarna dan pelarut yang sesuai
              seperti turpentin. Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.
              Cat Air atau Cat Emulsi
              Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan, dan hendaklah dibancuhkan dengan air untuk men-
              cairkannya semasa digunakan. Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu
              dicairkan  dengan  air  apabila  hendak  digunakan  untuk  mengecat.  Cat  emulsi  menghasilkan  kemasan  yang
             pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tem-
             bok luar. Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan
             berus, digelek dengan penggelek ataupun disembur. Cat lapisan alas tidak diperlukan bagi kerja baru.
             Cat Kapur
             Cat ini dihasilkan dengan kapur mati dibancuhkan dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis
             ini biasanya digunakan untuk mengecat papan siling, kadang-kala digunakan pada tembok bata dan tembok
             konkrit.
                                                           TIPS DEKORASI :


                                                           1.    Corak horizontal untuk lebih luas.
                                                           2.    Corak vertical untuk lebih tinggi.
                                                           3.    Pilih dinding mengadap cahaya sebagai
                                                                 dinding utama untuk lebih luas.
                                                           4.    Pilih warna lebih kontra untuk dinding uta-
                                                                 ma bagi efek lebih luas.
                                                           5.    Pilih gaya minimalis agar lebih kemas dan
                                                                 luas.





                                                           30
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35