Page 32 - BHTHN E1-2021
P. 32

JENIS-JENIS TARANNUM AL-QURAN

                  1. Tarannum Bayati
                   Bayati berasal daripada perkataan  )تيب(yang bermaksud rumah atau tempat kediaman. Tarannum ini
                  dipopularkan oleh qari-qari Arab. Pendapat lain, Bayati berasal dari nama daerah di Iraq dan dibawa oleh
                  orang Syria. Tarannum ini mempunyai sifat alunan yang lembut di samping ketegasan. Ianya juga sesuai
                  dengan tabaqat yang sederhana dan mempunyai unsur harmoni dan ketenangan. Sekiranya persembahan
                  bacaan al-Quran tidak dimasukkan tarannum Bayati maka pasti dirasakan belum lengkap dan sempurna
                  kerana tarannum Bayati adalah asas dalam ilmu tarannum. Peranan tarannum Bayati juga memantapkan
                 dalam persembahan bacaan al-Quran terutama pembukaan dan penutup bacaan.

                 2. Tarannum Nahawand
                 Nahawand merupakan salah satu nama tempat di daerah Hamdan, Parsi atau dikenali sebagai Iran yang
                 dipopularkan oleh Qari di daerah tersebut mengikut budaya tersendiri. Tarannum Nahawand mempunyai
                 sifatnya  tersendiri  seperti  gerak  alunan  yang  ringan  tapi  berkesan,  mempunyai  kesederhanaan  yang
                 memikat  jiwa  serta  bersesuaian  dengan  tabaqat  yang  sederhana.  Tarannum  ini  juga  lebih  kepada  ayat
                memohon dan bercerita  dalam kelembutan yang bersopan. Selain itu, tarannum ini mampu melembutkan
                bacaan   al-Quran serta menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.

                3. Tarannum Rast
                Tarannum Rast berasal dari Iran. Kemudian diubahsuai oleh orang-orang Arab Mesir sehingga ia dikenali
                sebagai salah satu tarannum yang popular di Mesir. Tarannum Rast merupakan tarannum yang unik. Kelem-
                butan alunan yang mempunyai bunga-bunga suara membuatkan ia berbeza dengan tarannum lain dari segi
                lagunya.  Ia  sesuai  dengan  mana-mana  bentuk  ayat al-Quran  yang  dibaca  dan  sesuai  dengan mana-mana
               tabaqat. Tarannum ini juga mempunyai gerakan lembut di samping ketetgasan. Tarannum yang mempunyai
               lagu yang hampir sama dengan Rast ialah tarannum Sikah dan Jiharkah.

               4. Tarannum Sikah
               Tarannum yang juga berasal dari Parsi yang diubahsuai dari Negara Hijazi dan popular di seluruh dunia mengi-
              kut lahjah dan Arab Hijazi. Gerakannya ringan dan bersahaja membuatkan dia berbeza. Amat bersesuaian
              bagi ayat-ayat yang menceritakan kisah Nabi atau kaum, kerohanian, hari kiamat dan sebagainya. Ia sesuai
              dengan mana-mana tabaqat serta mempunyai alunan lembut menusuk kalbu yang membawa keinsafan di
              setiap makna bacaan al-Quran.

              5. Tarannum Jiharkah
              Juga berasal dari Parsi dan dipopularkan para Qari Mesir. Tarannum ini bersifat mendayu-dayu dan ayat merin-
             tih. Ia amat sesuai dibacakan bagi ayat yang menceritakan tentang rintihan, hari kiamat atau doa. Bersesuaian
             bagi ayat yang bersifat dalaman atau rohani serta sesuai dengan tabaqat sederhana. Berperanan sebagai taran-
             num yang menenangkan persembahan yang tegang serta memberi kefasihan dan ketartilan dalam bacaan al-
             Quran.

             6. Tarannum Hijazi

             Berasal dari satu kawasan di Arab Saudi dan dipopularkan oleh Qari Hijazi. Terkenal dengan alunan yang tegas
            dan bersemangat [ada tabaqat ayat doa, perintah dan amarah atau amaran. Alunannya tidak begitu fleksibel
            tetapi bersifat lincah dan menghidupkan persembahan. Qari perlu mempunyai suara yang tinggi dan lantang
            bagi menyampaikan ketegasan maksud ayat al-Quran.

            7. Tarannum Soba
            Bermakna rindu, mempunyai sifat dalam mewarnai kepelbagaian dalam lagunya. Alunan yang lembut mendayu
            sesuai bagi ayat memohon, merayu dan merintih. Geraknya ringan meresap jiwa serta sesuai bagi tabaqat seder-
            hana. Sedikit persamaan dengan tarannum Bayati.







          https://akumuslim.asia/tarannum-jenis-sejarah-dan-cara-bacaan/

                                                           32
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37