Page 33 - BHTHN E1-2021
P. 33
BICARA SENI
KAIN TENUN PAHANG
Kain tenun Pahang dipercayai berasal dari Riau atau Sulawesi dan dibawa masuk ke negeri ini sekitar abad
ke-16. Mengikut catatan sejarah, orang besar Makasar/Bugis diketuai Tok Tuan atau Keraing Aji berkun-
jung dan menetap di Kampung Mengkasar, Pekan. Beliau dikatakan bertanggungjawab memperbaiki cara
menenun kain sutera tempatan ketika itu dan dikenali sebagai tenunan Pahang.
Reka corak dan ragam hias yang halus buatannya menghiasi kain Tenun Pahang. Reka corak tertentu pa-
da kain atau tekstil menjadikannya sebagai lambang darjat, identiti kaum, kepercayaan, ritual keaga-
maan dan sebagainya. Begitu juga keindahan kain Tenun Pahang yang tidak dapat dipisahkan dari reka
corak asas yang tersendiri. Pelbagai motif, corak dan warna yang berlainan terdapat pada kain tenun
Pahang.
Kain tenunan Pahang yang menggunakan teknik ikat dengan corak berjalur dan corak mendatar dan
menegak sesuai dijadikan kain samping untuk melengkapkan pakaian baju melayu bagi kaum lelaki dan
kain sarung atau baju pasang bagi wanita. Kebiasaannya kain tenun ini dijadikan pakaian pengantin.
Sarung tenun bercorak pula dibahagikan kepada kain bercorak melintang, memanjang, corak Rawa
atau Bugis dan corak Muar. Terdapat juga penggunaan benang emas yang menghasilkan motif garis
halus atau kesan bunga-bunga kecil, bertabur menghiasi kain.
CORAK ASAS TENUN PAHANG a) b) c)
a) Corak Jalur Melintang atau Mengiring
b) Corak Jalur Menegak atau Berdiri
c) Corak Berpetak (Tapak Catur)
CORAK BANGSAWAN
a) b) c) d)
a) Corak Dato’ Mahmud
b) Corak Orang Kenamaan
c) Corak Datuk Bandar
d) Corak Tok Muda
e) Corak Tengku Ampuan
f) Corak Tun Razak
OLAHAN CORAK TENUN PAHANG
a) Corak Tubok Sekampung
b) Corak Selumbar Nibong
c) Corak Belah Buluh
d) Corak Beragi
a) b) c)
e) Corak Tapak Catur Berlapis
f) Corak Beranak
g) Corak Seluang Mudik
h) Corak Bugis
i) Corak Pahang Jalur 7
j) Corak Jalur Melintang Di Tengah d) e) f)
g) h) i) j)
Sumber— http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=640 33