Page 31 - BHTHN E1-2021
P. 31

BICARA ROHANI



         KENALI AL QURAN : TARANNUM


         TAKRIFAN TARANNUM

         Tarannum dari segi bahasa bermaksud menyanyi atau memperelokkan suara terhadap sesuatu. Manakala
         dari segi istilah pula tarannum adalah satu ilmu yang membahaskan kaedah kepelbagaian bunyi mengikut

         nada atau irama yang bertujuan untuk memperelokkan bunyi sesuatu bacaan ayat al-Quran.

         Firman Allah SWT dalam surah Muzammil, ayat 4 :
                                                َ
             ً
                         ُ ۡ
                                ِّ
                                            ۡ
                    َ
                                       َ َ
               ٤   ليِت ۡ رَت ناَء ۡ رقلٱ لِتَرَو ِه ۡ يلع دز  ۡ وأ
                                             ِ
                              ِ
         Maksudnya : “Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.”
         Ibn  Abbas  menafsirkan  tartil  yang  dimaksudkan  dalam  ayat  tersebut  adalah  bacaan  yang  jelas,  terang  ma-
         khrajnya serta perlahan-lahan. Ini bermakna tartil adalah bacaan yang penuh berhati-hati, sempurna tajwid dan
         makhrajnya dengan alunan bacaan yang baik tanpa kegopohan.
          HUKUM BERTARANNUM

          1.   Tidak Mengharuskan Bertarannum


          Dari Hudhzyfah al –Yamani bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
          “Bacalah al-Quran dengan lagu-lagu Arab dan suara mereka. Dan jauhilah diri kamu dari lagu-lagu ahli ka-
          bair dan orang-orang fasiq. Sesungguhnya akan datang satu kaum yang melagukan al-Quran dengan lagu-
          lagu  nyanyian,  lagu  gereja  dan  lagu  kematian.  Sebelum  melangkaui  leher  mereka  pun sudah  rosak  hati
          mereka dan hati orang yang mengagumi keadaan mereka”.

          2. Mengharuskan Bertarannum

          Rasulullah SAW bersabda : “Allah tidak mendengar (dengan penuh perhatian) terhadap sesuatu perkara
          seperti mana Allah menumpukan perhatian kepada seorang Nabi yang memperelokkan lagu (tarannum)
          Al-Qurannya.”

          CIRI-CIRI TARANNUM AL-QURAN

          Tarannum dalam bacaan Al-Quran tidak boleh terpisah daripada ciri-ciri berikut :
          •  Nada, iaitu tekanan atau tingkatan bunyi suara.
          •  Rentak, iaitu gerakan untuk menghidupkan bunyi suara.
          •  Irama, iaitu alunan atau bentuk bunyi.









                                                VIDEO BACAAN FATIHAH 7
                                                      TARANUM









                                                           31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36