Page 24 - BHTHN E1-2021
P. 24

Segmen kerohanian juga disediakan dengan tajuk-tajuk yang bertemakan Islam dan keusaha-
                   wanan melalui slot Kapsul Dhuha, Kapsul Zohor, Kapsul Asar dan Kapsul Maghrib dengan pa-
                  paran video rakaman oleh penceramah selebriti PU Mizi, Ustazah Muzayyanah, Tuan Shamsudin

                  Kadir dan Pegawai Unit Kaunseling MARA,  Ustaz Asri Bin Hassan. Slot taklimat kemudahan per-
                  niagaan MARA dan bicara santai Ekplorasi Bidang Senibina turut dimuatkan di dalam program
                 ini.  Tidak  ketinggalan,  untuk  menceriakan  lagi  pengajuran  e-Expo  ini,  pertandingan  e-Singing
                 turut  dianjurkan  dengan  penyertaan  terbuka  di  mana  peserta  hanya  perlu  memuatnaik  video
                 nyanyian di Facebook atau Instagram beserta #jomnyanyie-ExpoIKMTSYA.

                 Bagi menjayakan program ini, banyak perkara baru yang telah dipelajari khususnya ilmu berkai-
                 tan  keperluan  teknikal  untuk  bersiaran  langsung.  Promosi  program  juga  adalah  sepenuhnya

                 secara  digital.  Poster-poster  program  telah  dikongsikan  melalui  link  http://tiny.cc/
                posterVibeseEXPOIKMTSYA.

                Di  atas  kejayaan  penganjuran  e-Expo  IKM  TSYA  2021  ini,    IKM  TSYA  amat  berbesar  hati  dan
                berterima kasih kepada mantan Pengarah MARA Negeri Pahang, Allahyarhamah YM Raja Sarimah
                binti Raja Jamaluddin yang telah memberi sokongan penuh untuk menjayakan program ini. Juga
                sekalung penghargaan kepada Pengarah Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA kerana melulus-
                kan dan membantu mempromosi program yang buat julung kali dianjurkan ini.  Semoga, segala
               manfaat yang diperolehi oleh semua yang terlibat di dalam e-Expo IKM TSYA 2021 ini dicatat se-
               bagai amal jariah buat Allahyarhamah dan semua yang telah menjayakan.— SitiNoorrizkiahAhmad






















































                                                           24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29