Page 156 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 156
potentials to contribute PDRM Malaysia improving the security of citizen and it will
be great tool for them to reduce the number of criminal cases and risks happening
all around the country.
Keywords: Human Safety Device, IoT, GPS, SMS, Blynk apps
KA88
MAGIKA KATA NAMA
1
MUHAMMAD AZRI HISYAM BIN FARIZAN ; ARFAH BINTI AHAMAD, PhD 2
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
Jalan Kuala Ketil, 08000, Sungai Petani, Kedah.
1 2
316-3-azri@epembelajaran.edu.my; arfah@ipsah.edu.my
Inovasi Magika Kata Nama merupakan aplikasi pengajaran digital yang direka
menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Inovasi ini dihasilkan untuk
menyelesaikan masalah murid tahun lima dalam topik kata nama. Terdapat tiga
jenis kata nama dalam Bahasa Melayu iaitu Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan
Kata Ganti Nama. Dalam topik ini, murid-murid sukar untuk mengenal pasti dan
membezakan ketiga-tiga jenis kata nama tersebut. Oleh itu, inovasi Magika Kata
Nama telah dihasilkan untuk membantu murid menyelesaikan masalah ini. Inovasi
Magika Kata Nama terdiri daripada tiga set nota dan tiga set latihan. Set nota
adalah berdasarkan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 dan Dokumen Standard
Kurikulum (DSKP). Set latihan pula adalah berbentuk permainan yang menguji
murid tahun lima berkaitan kata nama. Set permainan ini memerlukan murid untuk
menyelesaikan permainan dalam bentuk kuiz, maze dan dialog ringkas. Inovasi
Magika Kata Nama banyak menggunakan elemen animasi, grafik, video, audio dan
gif untuk menarik minat murid menguasai pembelajaran kata nama. Inovasi ini
dihasilkan bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam norma
baharu yang berlangsung secara dalam talian. Pembinaan inovasi ini tidak
menggunakan kos yang tinggi, hanya memerlukan talian internet yang stabil.
Inovasi Magika Kata Nama boleh dikomersialkan dan diperluaskan kerana ia dapat
menarik minat murid untuk belajar mengenai kata nama dengan lebih efektif.
Melalui aplikasi inovasi Magika Kata Nama, murid dapat menguasai dan
memahami, serta boleh membezakan ketiga-tiga jenis kata nama tersebut bukan
sahaja dengan lebih efektif, tetapi juga lebih mudah dan cepat.
Kata kunci: Magika Kata Nama, Kata Nama, Powerpoint, Murid tahun lima.
KA89
IOT BASED DISABLED PARKING SYSTEM (DIPARKSYS) V0.2 ARDUINO UNO
NUR SYAFIQAH BINTI MOHAMAD HAIRULL NIZAM
Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang
Jalan Gangsa, 81700 Pasir Gudang, Johor
nur408508@gmail.com
Parking Sensor assistant telah digunakan secara meluas di seluruh negara pada
masa kini yang bertujuan mewujudkan bantuan untuk menentukan sejauh mana
jarak antara objek/halangan dari kenderaan pemandu. Penggunaan Arduino UNO
sebagai papan pintar utama disamping sensor Ultrasonic yang mengesan objek
152