Page 159 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 159
Moral yang dihasilkan boleh dijadikan bahan pengajaran kepada semua guru
Pendidikan moral.
Kata kunci: Expert Moral, 18 Nilai Universal, Pendidikan Moral, KBAT
KA93
INOVASI KIT PPI MAKAMA
SHAFFEEI, PhD
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Fakulti Pembangunan Manusia, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, 35900
Tanjong Malim, Perak.
kama@fpm.upsi.edu.my
Inovasi KIT PPI MA iaitu bahan bantu belajar dalam menguasai hasil pembelajaran
Kursus Pendidikan Inklusif bagi Mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak. Inovasi ini bertujuan untuk
meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran mahasiswa dengan menggunakan
platform Inovasi KIT PPI MA. KIT PPI MA ialah pendekatan pembelajaran secara
atas talian menggunakan aplikasi MyGuru yang disediakan oleh pihak UPSI
dengan sokongan pelantar aplikasi lain seperti padlet, blogspot, youtube,
powertoon, google meet, telegram, whatsapp dan instagram. Melalui pendekatan
KIT PPI MA, pensyarah lebih mudah menterjemah kandungan proforma sama ada
secara bersemuka, bersemuka atas talian dan pembelajaran kendiri oleh
mahasiswa. Objektif kajian ialah mengenalpasti penggunaan KIT PPI MA dalam
meningkatkan penguasaan pembelajaran mahasiswa sarjana muda pendidikan
yang mengambil kursus KPK 3012 Pendidikan Inklusif sebagai salah satu kursus
wajib dalam subjek Pendidikan di UPSI. Metodologi kajian dilaksanakan secara
kuantitatif dan berbentuk kajian tinjauan. Sampel kajian melibatkan 342 orang
mahasiswa yang mengambil kursus tersebut. Instrumen soal selidik digunakan
dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 98% mahasiswa
dapat mengikuti kaedah KIT PPI MA dengan langkah-langkah yang disediakan oleh
pensyarah kursus. Penggunaan inovasi KIT PPI MA kepada mahasiswa perlu
diteruskan dan berpotensi dikomersialkan dalam bentuk pedagogi teknologi
pengajaran pada masa depan. Implikasi kajian ialah pensyarah perlu diberi
pendedahan berkaitan inovasi ini sebagai satu pendekatan alternatif ini berbanding
dengan kaedah sedia ada. Inovasi KIT PPI MA juga menyokong dasar kerajaan
dalam melaksanakan Dasar Pendigitalan Pendidikan di masa depan.
Kata kunci: KIT PPI MA, Pendidikan Inklusif, Mahasiswa, Sarjana Muda
Pendidikan.
KA94
KOMIK PAHLAWAN CILIK
1
MUHAMMAD IRFAN NYIA BIN ABDULLAH, PhD ; MUHAMMAD NUR AIZAT
3
2
BIN MOHD SADNI ; NUR IFFA BINTI MD LUKMANULHAKIM ; NAZATUL
4
AMILIN BINTI MOHD MUZAFFAR ; WAN NORFATIHA BINTI WAN GHAFAR 5
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
21030 Kuala Nerus, Terengganu
155