Page 163 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 163
sebagai pengetahuan asas dalam pembentukan ikatan kimia. Gamifikasi adalah
usaha strategik untuk meningkatkan sistem, perkhidmatan, organisasi dan kegiatan
seiring pendekatan Pendidikan 4.0 dalam menciptakan pengalaman yang lebih baik
berbanding pendidikan konvensional. V-Spear diaplikasikan dalam pembelajaran
geometri molekul secara kendiri sebagai persiapan pelajar sebelum sesi
pembelajaran dan juga membantu dalam meningkatkan pemahaman mereka
selepas sesi pembelajaran. V-Spear diwujudkan dengan menggunakan mod soalan
pelbagai pilihan yang berkaitan dengan geometri molekul. Terdapat sepuluh (10)
peringkat soalan mengikut domain kognitif dan setiap jawapan disertai dengan
penerangan ringkas yang mampu meningkatkan lagi pemahaman individu terhadap
geometri molekul. Seramai 15 responden daripada pelajar bukan program kimia
yang mengambil kursus Kimia Am 1 (STKK 1233) dipilih secara rawak untuk
mendapatkan maklum balas terhadap permainan yang dibangunkan. Maklum balas
rawak juga diperolehi melalui temubual menggunakan aplikasi WhatsApp. Hasil
dapatan kajian menunjukkan 75% pelajar mampu menjawab keseluruhan soalan
yang diberikan dengan jawapan yang tepat. Ini menunjukkan V-Spear mampu
untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari geometri molekul melalui
pembelajaran berkonsepkan gamifikasi. Keberkesanan kaedah ini mencapai 75%
objektif kajian sekaligus menjadikan inovasi pembelajaran ini signifikan dan
berfaedah.
Kata kunci: Geometri molekul, VSEPR, V-Spear, Gamifikasi, Konvensional
KA99
SMART COFFEE MAKER
MUHAMMAD AIMAN SYAHMI BIN KHAIRUL NIZAM
Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang
Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor
aimansyahmi6712@gmail.com
Dalam generasi kini, trend yang bertemakan “Internet of Things” sedang tersebar
dengan luas di permukaan bumi ini. Kebanyakkan peranti rumah seperti, lampu,
termostat, kipas, dan pintu rumah boleh dikawal melalui telefon pintar dengan
hanya beberapa tekan sahaja. Apabila mengawal peranti pintar in smudah begitu
sahaja, kenapa tidaknya kita mendapatkan minuman pagi dengan cara begitu?
Smart Coffee Maker (SCM) mempunyai gabungan ciri-ciri seperti itu untuk
memudahkan hari baru kita. Dengan ini pengguna hanya mengawalnya dengan
hanya menekan pada paparan telefon pintar. Pengguna juga boleh daptakan
peringatan bila kopinya disiapkan melalui telefonnya. Ia juga boleh mengingatkan
pengguna tentang masalah seperti kekurangan air atau suhu melebihi had untuk
diminum terus. Projek ini mengunakan Arduino Nano sebagai kawalan utamanya
disambung ke HC-05 Bluetooth Module sebagai penerima isyarat. Pengesan suhu
DS28B20 digunakan untuk menerima maklumat tentang suhu air dan
menghantarnya pada Arduino Nano keadaan airnya boleh dipapar pada paparan
LCD. Bilah pengisar dicantum pada motor AC untuk mengisar dan menggaul kopi
dan seterusnya pula dituang ke cawan melalui pam air. Dengan adanya SCM, ia
boleh memudahkan pengurusan pagi kita dengan hanya mengawal melalui telefon
pintar dan aplikasinya.
159