Page 168 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 168
KA107
MAGIC MATHS WINDOW
GOH HOOI FONG
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Bandar Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah
gohfong9898@gmail.com
Penggunaan kaedah lama iaitu bentuk lazim dalam membuat pendaraban antara
dua digit menyebabkan murid mudah menimbul kekeliruan sebab murid
dikehendaki melakukan pengumpulan semula sebanyak dua kali. Murid sering lupa
untuk meletakkan nombor sifar pada baris keempat. Hal ini menyebabkan hasil
darab tidak dapat diletak pada nilai tempat yang betul. Selain itu, Murid tidak dapat
membuat pendaraban secara mengumpul semula dengan betul dalam kaedah
bentuk lazim. Inovasi “Magic Maths Window” direka bertujuan untuk
meningkatkankemahiran penyelesaian pendaraban antara dua digit dalam
kalangan murid yang masih belum menguasai kemahiran penyelesaian soalan
pendaraban antara dua digit. “Magic Maths Window” merupakan intervensi yang
sesuai supaya murid dapat menguasai kemahiran operasi pendaraban antara dua
digit dengan dua digit. “Magic Maths Window” juga merupakan multimedia yang
mengandungi banyak unsur seperti grafik, bunyi, teks dan imej yang dapatmenarik
minat murid. Antara tema “Magic Maths Window” adalah komik Doraemon. Inovasi
ini menggunakan kaedah peta melalui perisian komputer iaitu Microsoft
Powerpoint. Melalui inovasi ini, murid dapat belajar pendaraban antara dua digit
tanpa bantuan guru atau ibu bapa. Potensi pengkomersialan inovasi ini sangat
tinggi kerana inovasi ini mudah didapat. Pada masa pandemik Covid-19 ini,
kebanyakan orang tidak berani mengeluarkan rumah dan membeli barang di luar,
mereka hanya membeli barang secara online untuk keselamatan dan kesihatan
diri. “Magic Maths Window” adalah inovasi yang boleh didapat atau dibeli secara
online. Kosinovasi ini adalah RM0. Hal ini kerana Inovasi ini hanya dihasilkan
dalam Microsoft Powerpoint.
Kata kunci: pendaraban, multimedia, bentuk lazim
KA108
BEHIND THE MIRROR
GOH HOOI FONG
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Bandar Darul Aman, 06000 Jitra, Kedah
gohfong9898@gmail.com
“Behind The Mirror” ini merupakan sejenis permainan inovasi iaitu “puzzle” atau
dalam bahasa melayu iaitu teka-teki dan lebih berfokus kepada kemahiran
Matematik dan Sains. Pembelajaran bentuk 3D sangat penting kerana tajuk ini
merupakan salah satu tajuk daripada mata pelajaran Matematik dan juga Sains.
Tujuan inovasi ini adalah membantu murid mengenal bentuk 3D dengan
menggunakan kaedah “fun learning”. Puzzle dalam permainan ini membenarkan
murid menyemak jawapan sendiri tanpa melibatkan guru. Matlamat yang
seterusnya adalah untuk mewujudkan pembelajaran seronok dan memupuk minat
164