Page 171 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 171
ini sangat murah dan dapat digunakan berulang-ulang kali. Berdasarkan kepada
penggunaan inovasi ini, jelas menunjukkan peningkatan pencapaian murid yang
sangat ketara melalui beberapa peperiksaan yang telah diadakan sepanjang tahun.
Jelaslah bahawa dengan penggunaan inovasi ini ia telah mencapai objektif yang
telah digariskan, sangat berkesan dantelah dikomersialkan.
Kata kunci: bahasa melayu, SPM, rumusan, inovasi
KB03
REM-Q SAINS
FARAHIYAH BINTI CHE KOB
SMK Kinarut Papar
Peti Surat 637, 89608 Papar, Sabah.
g-72253732@moe-dl.edu.my
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam
menghafal fakta subjek Sains sambil bermain. Kajian ini difokuskan kepada
eksperimen ‘Ujian Makanan’ dalam Bab 3: Nutrisi, berdasarkan buku teks Sains
tingkatan 2. ‘Ujian Makanan’ juga merupakan salah satu eksperimen wajib yang
perlu dilaksanakan oleh pelajar. Seramai 26 orang pelajar kelas 2 Beta di SMK
Kinarut, Papar, Sabah telah dipilih. Mereka terdiri daripada 19 orang pelajar
perempuan dan 7 orang pelajar lelaki. Tinjauan awal melalui pra ujian yang
dijalankan, mendapati 0% pelajar mendapat skor 11-17. Berdasarkan jawapan
pelajar, saya dapati mereka sukar untuk menulis larutan yang digunakan dalam
menjalankan ‘Ujian Makanan’. Selain itu, mereka juga tidak boleh menjawab soalan
pemerhatian dan inferens bagi ‘Ujian Makanan’. Justeru itu, saya telah mencipta
satu permainan yang diadaptasi daripada permainan yang pernah popular di
zaman kecil pelajar iaitu origami buka tutup. Permainan ini telah saya inovasikan
dan menamakannya sebagai Teknik ‘REM-Q’ (REMember by Question). Selepas
pelajar menggunakan teknik ini, saya dapati keputusan pelajar mendapat skor 11-
17 semakin meningkat, iaitu daripada 0% dalam praujian menjadi 73.08% dalam
pascaujian. Ini menunjukkan, pelajar mudah untuk mengingat dan sangat
bermotivasi untuk menjawab setiap soalan yang diberikan. Berdasarkan maklum
balas pelajar, mereka juga menyatakan teknik ini lebih seronok, sangat menarik
perhatian dan memudahkan mereka menguasai fakta-fakta di dalam matapelajaran
Sains. Secara kesimpulannya, kajian ini dilihat boleh diaplikasikan dalam tajuk-
tajuk pembelajaran Sains yang lain selain ‘Ujian Makanan’. Teknik ‘REM-Q’ ini juga
mampu menjadikan pembelajaran lebih seronok dan bermakna.
Kata kunci: Teknik REM-Q, Ujian Makanan, inovasi, permainan, origami buka
tutup.
KB04
SISTEM MAKLUMAT TEMPAT OJT
1
2
NAJIHA BINTI HUSSEIN , YUSSALINA BINTI MOHD YUSOP
Kolej Vokasional Perdagangan
Susur 7 Jalan Tun Abdul Razak, 80350 Johor Bahru, Johor
1
najiha.dedagang@gmail.com
167