Page 172 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 172
Sistem maklumat akan mewujudkan satu kaedah yang membolehkan data
disimpan secara sistematik dengan menggunakan pangkalan data seterusnya
menyediakan sebuah maklumat yang bermanfaat. Sistem Maklumat Tempat On-
The-Job-Trainning (OJT) di Kolej Vokasional Perdagangan (KVP) yang
dibangunkan merupakan satu inisiatif Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) untuk
menyampaikan maklumat senarai tempat OJT dan dijangka akan menjadi rujukan
pertama pelajar khususnya bagi program tunggal JTM iaitu program Diploma
Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web (DKA) di KVP semasa
melakukan pencarian tempat OJT. Menerusi sistem ini, tempat OJT akan diberi
penarafan oleh pelajar-pelajar OJT yang berlatih di situ berdasarkan tahap
kesesuaian tempat tersebut dengan bidang kemahiran program DKA. Penilaian
tempat OJT juga boleh dilakukan dan fungsi ini disusun mengikut sebuah borang
yang terdapat dalam dokumentasi pengurusan OJT iaitu borang KV OJT 15 iaitu
maklum balas pelajar terhadap tempat OJT. Ini merupakan langkah pertama pihak
JTM bagi mencadangkan transformasi penggunaan sistem borang fizikal kepada
borang digital dalam pengurusan dokumentasi OJT. Pembangunan projek ini
menggunakan metodologi prototaip dan telah mendapat sambutan yang baik oleh
pihak pengurusan Jabatan Teknologi Maklumat, pelajar-pelajar program DKA dan
juga pihak Unit Perhubungan Latihan Industri menerusi penilaian kebolehgunaan
yang telah dilaksanakan. Sistem ini akan dipertingkatkan lagi fungsinya supaya
boleh digunakan oleh semua program yang ditawarkan di mana-mana Kolej
Vokasional.
KB05
PENGGUNAAN APLIKASI MYFURQANI BAGI MENINGKATKAN MUTU
BACAAN AYAT TILAWAH DAN AYAT HAFAZAN TINGKATAN 4 DAN
TINGKATAN 5
MOHD AZMAL BIN JALALUDIN
SMK Pengalat Papar
Peti Surat 82, 89607 Papar, Sabah
mohdazmalj08@gmail.com
Inovasi aplikasi MyFurqani ini adalah inovasi yang dihasilkan dalam subjek
Pendidikan Islam iaitu bidang al-Quran meliputi ayat tilawah dan ayat hafazan
tingkatan 4 dan tingkatan 5. Inovasi ini dihasilkan bagi meningkatkan mutu bacaan
ayat tilawah dan ayat hafazan dalam kalangan murid tingkatan 4 dan tingkatan 5.
Penghasilan inovasi ini adalah bagi mengatasi masalah murid-murid yang bacaan
ayat tilawah dan ayat hafazannya tidak menepati hokum tajwid yang betul dan
bacaan murid yang tidak lancar. Hasil daripada penggunaan aplikasi ini, murid
dapat meningkatkan mutu bacaan dengan kadar 58.38 peratus dalam sesi yang
pertama sahaja dengan menggunakan aplikasi ini. Aplikasi ini amat mudah
digunakan oleh murid dengan hanya perlu memuat turun dan memasangnya pada
peranti masing-masing dan boleh digunakan pada bila-bila masa walau di mana
pun selagi jaringan internet ada. Data rintis menunjukkan bahawa 17 orang murid
tingkatan 5 dan 14 orang murid tingkatan 4 yang menjadi responden awal telah
menunjukkan peningkatan mutu bacaan ayat tilawah dan ayat hafazan dengan
menggunakan aplikasi ini tanpa perlu mengadakan sesi kedua. Penggunaan
aplikasi ini secara tidak langsung boleh meningkatkan mutu bacaan murid
168