Page 177 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 177
panduan pemarkahan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Antara bahan yang
digunakan untuk menghasilkan Kit Mudah KOMSAS ialah kertas saiz A4 berwarna,
filem plastik dan nota berpelekat. Peta minda dan rangka penulisan jawapan yang
telah dicetak pada kertas A4 berwarna secara bersebelahan, akan disalut dengan
filem plastik. Seterusnya, murid akan menggunakan kertas berpelekat untuk
menampal maklumat pada peta minda tersebut. Hal ini memberi impak positif
kepada murid kerana Kit Mudah KOMSAS bukan sahaja dapat memudahkan murid
untuk menulis idea pada kertas berpelekat, malah, tempoh masa yang diperlukan
untuk membuat lakaran peta minda menjadi lebih singkat berbanding
menggunakan kertas mahjung seperti pembelajaran sebelum ini. Pada halaman
rangka jawapan di sebelah pula, murid hanya memasukkan maklumat atau isi yang
diperoleh daripada peta minda tersebut. Selain itu, potensi pengkomersialan Kit
Mudah KOMSAS disedari amat besar kerana kos penghasilan yang murah, selain
daripada bentuknya yang mudah alih, mudah disimpan dan mudah dikendalikan.
Kit Mudah KOMSAS sangat membantu guru dan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini jelas terbukti apabila murid didapati dapat mencambahkan
idea dengan lebih cepat, meningkatkan aplikasi pembelajaran KOMSAS
berkonsepkan PAK-21, sekaligus dapat menguasai kemahiran menjawab soalan
pemahaman novel dengan lebih baik.
Kata kunci: Kemahiran bahasa, pemahaman novel, pembelajaran abad ke-21
KB12
TEKNIK KAT KAK SU MAR
CHRISTINA TAN
SMK Penrissen No. 1
KM 20, Jalan Kuching-Serian, 93250 Kuching, Sarawak.
chriz_enna@yahoo.com
Teknik kat kak su Mar merupakan satu teknik yang dihasilkan untuk meningkatkan
amalan pengajaran guru yang berpusatkan murid berkonsepkan pembelajaran
abad ke-21 (PAK-21) dan membantu murid menguasai kemahiran mentaksir
kehendak soalan. Sehubungan itu, Teknik ini ternyata amat berkesan dan sangat
membantu guru dan murid dalam sesi pembelajaran. Melalui penggunaan Teknik
ini, guru dapat melaksanakan pembelajaran yang berkesan. Murid juga mampu
berfikir aras tinggi . Kelebihan teknik ini adalah tidak menggunakan sebarang kos
dan amat mudah diaplikasikan oleh guru serta mewujudkan suasana pembelajaran
yang amat menyeronokan. Jelaslah bahawa penggunaan teknik ini mampu menjadi
medium untuk membantu guru dan murid semasa melaksanakan aktiviti
pembelajaran di dalam bilik darjah bahkan dalam pembelajaran alam maya
sekaligus meningkatkan prestasi pelajar. Jika Teknik ini dikomersialkan dan diguna
oleh semua guru di Malaysia, maka negara kita dapat melahirkan pelajar yang
hebat dan mampu bersaing di mata dunia.
Kata kunci: Teknik Kat Kak Su Mar, pembelajaran abad ke-21.
173