Page 173 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 173
walaupun murid tidak mempunyai asas yang kukuh dalam ilmu tajwid ataupun
murid yang langsung tidak boleh membaca ayat-ayat al-Quran.
Kata kunci: Bidang al-Quran, Pendidikan Islam, aplikasi MyFurqani
KB06
PENDIGITALAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
1
MUHAMMAD ZULFAQAR BIN MAZLAN, K.B., P.A. ; ABG. MOHD SABIRIN BIN
3
2
ABG MUIS ; ABDUL RAZAK BIN OMAR ; MUHIRMAN BIN MU-ALIM, K.B.,
4
5
P.A. ; SANGIN ANAK JUAT, K.B., P.A. , DARYL ALBRIGHT ANAK DOUBLESS
6
JOHN
KOLEJ VOKASIONAL BETONG
95700 Betong, Sarawak
1 crzulfaqarkv9192@gmail.com
Penubuhan Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah
adalah satu strategi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sejak sekian lama
lagi dalam usaha memerangi dadah dan sekolah bebas dadah. Bilik Sumber PPDa
adalah merupakan pusat sehenti atau One Stop Centre yang menyediakan
sebuah ruang lengkap bertujuan menyalurkan maklumat berkaitan pendidikan
pencegahan dadah kepada pelajar, guru, ibu bapa serta masyarakat sekitarnya.
Maklumat dan bahan-bahan berkaitan dalam pelbagai medium boleh
meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang bahaya penggunaan bahan
terlarang terutama dadah. Selain itu, semua jenis maklumat yang boleh membantu
melahirkan kumpulan sasaran yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam pendidikan pencegahan dadah juga boleh dimuatkan bagi menambah nilai
kepada bahan sedia ada. Seiring dengan perkembangan pesat teknologi dan
dunia ke arah digital, dengan ini kami telah mencetuskan idea untuk menjalankan
satu projek inovasi Pendigitalan Pendidikan Pencegahan Dadah. Hal ini sekaligus
merapatkan jurang akses kepada bahan-bahan PPDa secara digital. Antara
teknologi yang digunakan dalam representasi info-info PPDa adalah teknologi
Augmented Reality (AR) serta paparan poster digital, keratan akhbar digital dan
artikel digital. Penggunaan teknologi QR Code dalam representasi info berkenaan
PPDa juga digunakan dan dikumpulkan dalam satu platform iaitu My Link / Onpay
Solutions Sdn. Bhd. Laman maya melalui platform Google Sites turut dihasilkan
yang memaparkan sebarang info secara digital seperti koleksi poster digital PPDa,
pautan langsung kepada portal maya agensi anti dadah dalam dan luar negara,
pautan langsung kepada video-video berkaitan PPDa dan koleksi hasil kajian atau
artikel berkaitan PPDa. Mini studio yang dibangunkan juga boleh dimanfaatkan
oleh seluruh lapisan masyarakat di lokaliti Betong khasnya dan masyarakat di
seluruh negara amnya untuk melontarkan idea tentang kempen pencegahan
dadah melalui rakaman video dengan menggunakan teknologi Green Screen.
Teknologi ini juga boleh dimanfaatkan oleh para pelajar untuk menghasilkan poster
kempen Anti Dadah secara digital.
169