Page 176 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 176
membantu MBK membahagi dengan cepat, tepat dan kemas memenuhi ciri-ciri
keterampilan.
Kata kunci: Dandanan rambut, OKU, Alat Bantu Mengajar, EZ Topi
KB10
CHEM-MAZE KIT
KOMATHY VEERASINGHAN
SMK Ave Maria Convent
Jalan Chung Thye Phin, 30250 Ipoh, Perak
komathy2112@gmail.com
CHEM-MAZE KIT ini merupakan modul bimbingan yang berbentuk permainan.
Langkah demi langkah yang direka bentuk untuk meningkatkan tahap penguasaan
pelajar terhadap menghubungkaitkan bilangan zarah, bilangan mol, jisim serta
isipadu sesuatu unsur. Selain itu, iajuga direka bagi meningkatkan tahap
penguasaan pelajar dalam penyelesaian masalah numerical yang melibatkan
konsep mol. Chem-maze kit ini juga memberi impak positif terhadap motivasi
pelajar untuk mempelajari topik konsep mol dengan senang. Ia dapat mengatasi
miskonsepsi pelajar terhadap penulisan formula kimia bagi bahan dan hasil serta
penulisan persamaan kimia yang seimbang bagi tindak kimia. Walaupun, kit ini
dibina khas untuk pelajar tingkatan 4, namun konsep dan kaedah didik hibur yang
ditunjukkan ini adalah sesuai digunakan dalam subjek STEM yang lain. CHEM-
MAZE KIT ini terdiri daripada set modul interaktif yang dipelbagaikan dengan nota
padat, kuiz, video serta papan permainan berwarna-warni. Pelbagai format ini
adalah bagi memenuhi gaya pengajaran guru dan pembelajaran murid yang
berbeza. Dapatan kajian tindakan yang dijalankan menunjukkan Ujian Pra
mendapati peratus min markah pelajar adalah 44.73%. Selepas permainan CHEM-
MAZE KIT dikendalikan, Ujian Pos menunjukkan peningkatan kepada 84.2%.
Pemerhatian pengkaji mendapati pelajar terlibat secara aktif dalam proses Pdpc
kimia melalui permainan ini dan interaksi antara pelajar dengan pengkaji sebagai
guru turut meningkat. Ada juga bukti untuk menunjukkan pelajar mendapat kesan
motivasi yang tinggi daripada permainan ini.
Kata Kunci : CHEM-MAZE KIT, Konsep mol, Kimia.
KB11
KIT MUDAH KOMSAS
LINAWATI BINTI SOCRADJI
SMK Penrissen No. 1
KM20 Jalan Kuching/Serian, 93250 Kuching, Sarawak.
ladylyn1511@gmail.com
Inovasi yang dihasilkan iaitu Kit Mudah KOMSAS merupakan adaptasi daripada
peta i-Think yang dijadikan peta minda asas untuk membantu murid menguasai
kemahiran menjawab soalan pemahaman novel dan meningkatkan aplikasi
pembelajaran KOMSAS berkonsepkan PAK-21. Pada bahagian belakang peta
minda tersebut, dicetak rangka menulis jawapan soalan pemahaman novel bagi
memandu murid agar dapat menulis jawapan mengikut format yang betul mengikut
172