Page 179 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 179
soalan yang diberikan, manakala untuk Pantulan pelajar akan menggunakan lidi
untuk membuat garis pembahagi objek dan imej. Dari aktiviti hands on yang
mereka buat bersama ahli kumpulan, murid akan faham bahawa pantulan
dipantulkan pada garis bukan pada pusat. Untuk tajuk pembesaran pula murid juga
menggunakan lidi bagi menyambung titik titik yang sepadan antara objek dan imej
bagi mencari pusat pembesaran. Berbanding menggunakan kaedah syarahan,
dalam masa 40 minit murid telah memahami konsep Pantulan, Pembesaran,
Putaran dan Translasi. Ini sedikit sebanyak telah menjimatkan masa dalam proses
P&P. Kaedah ini menjimatkan masa, dan saya boleh masuk ke latih tubi
menggunakan soalan soalan SPM dengan cepat. Melalui kaedah ini, saya dapat
menggalakkan murid menggunakan mindanya sepanjang masa dengan rasa
seronok. Secara tidak langsung minda murid akan bertambah aktif, kreatif dan
kritis. Kaedah ini juga memberi peluang kepada murid yang lemah untuk menjawab
soalan Matematik Kertas 2 iaitu Tajuk Penjelmaan dengan mendapat markah
sekurang- kurangnya 7/12. Saya sangat yakin penggunaan inovasi Fun
Transformation Kit ini telah banyak membantu pelajar belajar dengan rasa seronok,
dan mampu memberikan rasa yakin kepada mereka bahawa matematik itu indah
dan tidak sesusah yang mereka bayangkan.
Kata kunci: Ujian Pra, “hands on”, “Game Based Learning”, Kreatif, Kritis.
KB15
MY AQUAPONIC FDS
2
1
KAMSINA BINTI HAJI JUNAIDI , LATIFAH BINTI ZAWAWI
SMK Semerah Padi
Jalan Depo, 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak
1 2
kamsinajunaidi1970@gmail.com, latifah.zawawi@yahoo.com
“My Aquaponic FDS”, ialah inovasi “ Ebb and Flow Hydroponics System ” yang
dimodularkan dengan penggunaan “Maker Uno Microcontroller” disamping pam air
(R385 DC12V Diaphragm Water Pump) serta “sensor” (penderia) sebagai
pengawal aras air untuk membolehkannya berfungsi sepenuhnya. Masalah
penggunaan pam air sedia ada dan harganya agak mahal, yang tidak dapat
berhenti secara automatik dan berkala akan menyebabkan motornya tidak dapat
berehat dan akhirnya rosak. Idea untuk menghasilkan produk inovasi ini adalah
disebabkan ianya mudah dikendalikan malah turut memberi impak yang sangat
baik kepada tanaman akuaponik dan hidupan akuatik seperti ikan dalam akuarium.
Proses kerja untuk sistem ini amatlah mudah, sederhana dan kos pengendaliannya
juga adalah jauh lebih ekonomi. Produk ini akan menggunakan mikropengawal
Maker Uno dan pam air R385 DC12V untuk menjadikannya berfungsi sepenuhnya.
Bahan - bahan lain yang akan digunakan adalah bahan 3R sepertiakuarium dan
gelas plastik. Produk ini berpotensi menjimatkan, kos penghasilannya sangat
ekonomi untuk jangka masa panjang, mesra pengguna dan mesra alam kerana
ianya lebih mudah untuk dikendalikan. Selain itu, ianya juga berfungsi secara
automatik, inovasinya ada nilai estetika dan ergonomik, menarik perhatian, bernilai
komersial dan boleh digunapakai dalam PdPC secara optimum. Impak inovasi
projek terhadap PdPC: memodularkan subjek dan topic (RBT dan PI). Selain itu,
impak terhadap pembelajaran pelajar pula: Hasil Inovasi dapat menarik minat
pelajar untuk terus menerokai, memahami topik yang diajar, penglibatan pelajar
secara aktif dalam pembelajaran dan aktiviti Inovasinya berpusatkan pelajar.
175