Page 178 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 178
KB13
PENGGUNAAN SISTEM BERSEPADU PENGURUSAN DOKUMEN MURID
(SisPADU) KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN KAUNTER
1
2
NUR AAINAA BINTI MUHAMMAD , NURUL IZZATI ADLINA ABDULLAH
SMK Kudat II
Peti Surat 505, 89058 Kudat, Sabah
xea5023@moe.edu.my
Pengurusan kaunter yang cekap dan baik memberi gambaran yang positif terhadap
imej organisasi. Sistem Bersepadu Pengurusan Dokumen Murid (SisPADU) yang
digunakan di SMK.Kudat II, Kudat, Sabah merupakan satu sistem yang dilengkapi
dengan data murid bagi memudahkan pelbagai urusan kaunter seperti Surat
Pengesahan Murid, Surat Rawatan, Sijil Berhenti, dan Surat Akuan. Sistem ini
dibangunkan untuk memudahkan Pembantu Tadbir sekolah menyediakan pelbagai
dokumen yang diperlukan murid dan ibu bapa tanpa merujuk kepada Guru Kelas.
Selain itu, sistem ini juga dibangunkan untuk memendekkan masa menunggu ibu
bapa yang berurusan di kaunter. Sebelum penggunaan SisPADU ini, Pembantu
Tadbir perlu merujuk kepada Guru Kelas untuk mendapatkan maklumat murid dan
hal inimengambil masa yang lama untuk menyediakan dokumen segera yang
diperlukan. Berdasarkan penggunaan sistem ini, ia bukan sahaja memudahkan
kerja Pembantu Tadbir malah dapat menjimatkan masa menunggu pelanggan yang
berurusan di kaunter. Secara keseluruhannya, dengan penggunaan sistem ini imej
sekolah bertambah baik dan dapat mencapai Piagam Pelanggan yang telah
ditetapkan. Sistem ini berpotensi untuk dikomersialkan kerana ia mudahdan
berkesan dari segi masa dan kos.
Kata kunci: SisPADU, murid, perkhidmatan kaunter, perkhidmatan efisien
KB14
FUN TRANSFORMATION KIT
MARIANI BINTI MANSOR
SMK Pengalat Papar
89608 Papar, Sabah,
marianimansor.hhh@gmail.com
Fun Transformation Kit adalah satu pendekatan baru dalam menguasai kemahiran
Matematik tajuk Penjelmaan. Setiap guru sentiasa memikirkan sesuatu yang baru
bagi membantu pelajar pelajarnya memahami tajuk yang diajar. Menyedari hakikat
ini satu inovasi direka bagi membolehkan murid meningkatkan kemahiran
menjawab dan mentakrifkan Translasi, Putaran, Pembesaran dan Pantulan dengan
betul. Berdasarkan ujian pra dan soal jawab secara lisan, didapati murid
menunjukkan kekeliruan dan mengalami masalah dalam menjawab soalan
berkaitan topik Penjelmaan. Inovasi ini banyak menggunakan aktivii hands on dan
terdapat unsur unsur permainan (Game Based Learning), maka pelajar tidak
mengantuk dan senang memahami apa yang diajar. Pelajar menggerakkan objek
dan imej yang berwarna warni di atas papan Fun Transformation Kit selaras
dengan apa yang saya beritahu di hadapan kelas. Untuk sub tajuk Putaran mereka
akan menindih objek dan imej di tempat yang sama dan memutarkan imej mengikut
174