Page 167 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 167
pembelajaran bagi standard kandungan yang berkaitan dengan menulis secara
mekanis dengan betul dan kemas. Alpha Glass dapat mengatasi masalah-masalah
tersebut kerana objektif Alpha Glass ialah membantu murid menguasai kemahiran
menulis huruf besar dan kecil secara mekanis dengan betul dan kemas. Selain itu,
Alpha Glass juga dapat meningkatkan minat dan motivasi murid dengan
mengimplementasikan pembelajaran seronok melalui teknologi. Aspek kebaharuan
Alpha Glass ialah ia dihasilkan dengan menyatukan penggunaan bahan konkrit
dengan aplikasi TMK yang dapat menarik minat dan meningkatkan kefahaman
pelajar. Antara faedah inovasi ini ialah ia dapat meningkatkan kefahaman murid
dengan pembelajaran seronok, meringankan beban guru dan mewujudkan
pembelajaran berasaskan teknologi. Bahan ini mempunyai potensi komersial
disebabkan oleh kos pembinaan rendah dan boleh dipasarkan dengan harga
berpatutan. Kesimpulannya, Alpha glass membantu para pengguna untuk menulis
tulisan secara betul dan kemas.
Kata kunci: Alpha Glass, menulis secara mekanis, huruf besar, huruf kecil,
pembelajaran seronok melalui teknologi.
KA106
AUGMENTED REALITY TEACHING MODULE (ART MODULE)
WAN LOKMAN BIN WAN AHMAD
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
Kampung Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu
wanlokman@ipgkdri.edu.my
Pembelajaran berkaitan seni warisan semakin dilupakan oleh generasi muda.
Kajian ini memfokuskan kepada pembangunan modul pengajaran dan
pembelajaran Kraf Seramik dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV).
Bahan bantu mengajar ini dibangunkan dengan elemen teknologi augmented
reality untuk menarik minat generasi. Modul ini dibangunkan dengan menggunakan
rekaan instruksional ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation dan
Evaluation). Modul ini dinamakan sebagai Augmented Reality Teaching Module
atau ringkasnya ART Module. Bahan ini direka dengan mengutamakan
pengamatan deria murid dan melibatkan pendekatan gaya pembelajaran VARK.
Melalui pemerhatian penyelidik, modul yang dibangunkan dengan mengaplikasikan
pendekatan berasaskan pengamatan deria berupaya menarik minat murid dan
meningkatkan penglibatan murid dalam sesi pembelajaran. Melalui kajian kes yang
dijalankan terhadap murid, didapati bahawa modul ini dapat meningkatkan kognitif,
afektif dan psikomotor murid secara optimum. ART Module ini bertindak
menggalakkan kepekaan murid terhadap seni warisan tempatan yang semakin
hilang dalam arus pemodenan. Dalam masa yang sama, modul ini berupaya
meningkatkan keseronokan dan keterujaan murid dalam sesi pembelajaran dengan
lebih bermakna.
Kata kunci: kraf seramik, augmented reality, modul
163