Page 223 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 223
KC50
SMART WHEELBOX
1
2
MOHAMMAD ARIF BIN AB SAMAT , ALIAS BIN BAKAR , NOORHAYATI BINTI
5
3
4
ISMAIL , NURUL NATRAH BINTI AZIZAN , NURAZLAN SHAH BIN RAMLI ,
6
FARAH WAHIDA BINTI MOHAMAD ZAHIR , NUR FARAH ANIS BINTI MAT
7
RAWI
SK Kurong Hitam
06300 Kuala Nerang, 06300 Kuala Nerang, Kedah
1
arifskkh@gmail.com
Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kurong Hitam
menunjukkan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan di dalam
menguasai kemahiran membaca dan menulis suku kata. Hasil pemerhatian
menunjukkan bahawa mereka kurang bersemangat dan mudah lupa perkara yang
diajar. Oleh itu guru perlu membuat satu kaedah dan intervensi bagi membantu
murid-murid ini. Kaedah yang dihasilkan adalah selaras dengan konsep pendidikan
bagi murid berkeperluan khas (MBK) iaitu belajar sambil bermain. Bagi MBK
bermain adalah dunia mereka dan ini perlu diterapkan didalam aktiviti
pembelajaran dan pengajaran mereka. Dengan ini tercetus idea untuk
menghasilkan satu inovasi yang diberi nama Smart Wheelbox dimana objektifnya
adalah untuk membantu MBK belajar mengeja, membaca suku kata , membina
ayat dan membuat latihan secara interaktif dengan menggunakan konsep didik
hibur. Dengan menggunakan inovasi ini MBK lebih berminat untuk belajar dan
proses pembelajaran menjadi lebih mudah. Penggunaan bahan yang berwarna-
warni , mudah digunakan serta menarik minat murid menjadikan pembelajaran di
dalam kelas lebih menyeronokkan sejajar dengan konsep pembelajaran abad ke
21. Mengikut teori pembelajaran kognitif dan konstruktif, guru perlu bersedia
dengan bahan bahan yang dapat merangsang minda dan minat murid dan
senantiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang dijalankan. Guru juga adalah sebagai
pemudah cara dan sentiasa menbantu murid dalam aktiviti pembelajarannya.
Kaedah pembelajaran secarak operatif dan kolaboratif sangat efektif untuk
digunakan didalam pengajaran dan pembelajaran terutama melibatkan murid
berkeperluan khas. Inovasi Smart Wheelbox ini juga berpotensi untuk
dikomersialkan sebagai bahan bantu mengajar dan usaha kearah itu telah bermula
secara berperingkat dimana ia adalah permulaan awal untuk menyebar luas
kepada sekolah dan institusi Pendidikan yang lain.
Kata kunci: Pembelajaran Abad ke-21,pendidikan khas, kemahiran membaca,
konstruktif
KC51
EASY NO 1-20 (1.0)
1
2
UMI KALSUM BINTI SAMSI , NABILAH BINTI ZAINAL ABIDIN , MUHAMAD
3
HAFIZ BIN HASHIM
1,2 3
SK Datuk Usman Awang, Jalan Kota Kecil, 81900 Kota Tinggi, Johor; SK Seri
Saujana, Taman Sri Saujana, 81900 Kota Tinggi, Johor
1
ummiekalsumsamsi@gmail.com
219