Page 228 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 228
peningkatan peratus lulus dari 7.5 % kepada 80% dan peningkatan peratus
cemerlang dari 0% kepada 100%.
Kata kunci: Kit Permainan Jom Cari Saya, Ujian Pra, Ujin Pasca.
KC57
I ROMATH 2020
ADILLAH BINTI MANSOR
SK Seri Ketereh
16450 Ketereh, Kota Bahru, Kelantan
adillahmansor2018@gmail.com
I ROMATH 2020 merupakan sebuah robot interaktif dan efektif yang dicipta untuk
menjadi bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat murid prasekolah yang
sukar untuk memahami subjek matematik awal prasekolah. Robot ini merupakan
satu inovasi yang interaktif bercirikan konsep visual dinamik dengan
menggabungkan kepelbagaian teori, teknik, pendekatan dan kaedah dalam
pengajaran. Objektif utama robot ini dicipta adalah untuk membantu meningkatkan
kemahiran Matematik Awal murid prasekolah berfokuskan kepada penguasaan
konsep tambahdan tolak. I ROMATH 2020 dicipta untuk menjadikan pembelajaran
dan pengajaran di dalam kelas menarik dan menyeronokkan. Kebolehgunaan robot
ini adalah sangat mesra pengguna dan selamat untuk murid menggunakannya,
ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana serta keberkesanan kos yang
rendah. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pencapaian murid-murid
prasekolah meningkat dengan ketara terutamanya dalam operasi nombor
berfokuskan konsep tambah dan tolak. Robot ini juga, mampu menarik minat murid
untuk hadir setiap hari ke sekolah tanpa gagal. Konsep pendekatan belajar sambil
bermain dalam suasana yang bebas, selamat dan berpusatkan murid dapat
menarik minat mereka untuk belajar matematik dengan bermakna dan gembira.
Robot ini juga telah membantu murid prasekolah memahami Matematik Awal
prasekolah dengan cepat berbanding dengan cara dan penggunaan alat bantu
mengajar yangbiasa digunakan di dalam kelas seperti batu, guli, batang aiskrim
dan lain-lain. Dengan ini, penjimatan waktu dan hari dapat ditingkatkan dengan
lebih baik. Konsep pendekatan visualdinamik yang dipaparkan oleh robot ini
merupakan teknik pembelajaran yang mampumengaktifkan dan melibatkan
kesemua deria murid. I ROMATH 2020 juga boleh disebarluaskan untuk murid-
murid lain seperti murid berkeperluan khas (MBK), murid pemulihan, murid pra
sekolah KPM dan tadika swasta serta murid tahap 1 iaitu tahun 1 hingga 3.m
Kata kunci: Matematik, prasekolah, inovasi, belajar melalui bermain, operasi
tambah dan tolak
KC58
SOW-KIT (SHADOWS ON THE WALL-KIT)
2
1
SARIMAH BINTI ABDULLAH , AZIANI BINTI MOHAMAD
SK Sentosa
Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
1 2
Sarimahabdullah74@gmail.com, Chuain2724@gmail.com
224