Page 231 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 231
KC61
KIT SIRATAN MAKANAN BERPERANCAH
1
2
AHMAD ADNAN MOHD SHUKRI , AMAT KAMAL SA’ARI , GEETHA
3
4
RAMACHANDRAN , MUSLIYANA SALMA MOHD RADZI , MOHAMMED
5
YUSMIE MOHAMMED YUSOFF
1,2 SK Sungai Tiang, Hutan Royal Belum, Peti Surat No. 13, 33300 Gerik, Perak;
3 SK Sultan Yussuf, Jalan Pusing, 31000 Batu Gajah, Perak; SK Sungai Salleh,
4
5
Jalan Serdang-Selama, 09800 Serdang, Kedah; SK Seri Tawai, Jalan Gerik
Lenggong, 33300 Gerik, Perak
1 adnan91shukri@edidik.edu.my
Kit Siratan Makanan Berperancah (Kit SMB) merupakan satu inovasi produk yang
dibangunkan dengan tujuan untuk menyediakan alat alternatif yang boleh
digunakan oleh murid dengan aras kognitif paling rendah dalam memahami konsep
dan membina siratan makanan. Inovasi ini merupakan inovasi pertama kalinya
diketengahkan dalam kalangan murid Orang Asli suku Jahai di SK Sungai Tiang,
hutan Royal Belum, Gerik, Perak yang merupakan sekolah pedalaman tahap dua.
Inovasi ini mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut; 1) gambar haiwan
berwarna dan tapak habitat dengan penggunaan velcro dot transparent;
membolehkan gambar dilekat-tanggalkan bagi menjamin ketahanan produk untuk
kegunaan yang lebih lama; 2) kad arahan yang memudahkan murid membaca dan
mengikutinya kerana terdiri daripada suku kata berwarna; 3) kos pembinaan yang
murah; 4) kaedah penyimpanan yang lebih efisien; dan 5) sangat ringan. Kit SMB
telah dinilai oleh 6 orang pakar dengan indeks kesahan CVI = 94 yang baik.
Ujirintis telah dilaksanakan terhadap murid tahun 5 dan 6 seramai 30 orang dengan
indeks kebolehpercayaan, α = 89 yang tinggi. Selain itu, kit ini juga telah digunakan
dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sebenar terhadap murid tahun 5
dan 6 seramai 34 orang dengan melibatkan penilaian oleh Timbalan Ketua Nazir
Negeri Perak dan pensyarah sains dari IPG Kampus Ipoh. Menerusi pelaksanaan
kit, murid menunjukkan peningkatan dalam ujian pra-pos pengetahuan saintifik
yang telah ditadbir. Kesimpulannya, Kit Siratan Makanan Berperancah yang
dibangunkan berupaya meningkatkan pengetahuan saintifik murid secara
signifikan.
KC62
KIT PEMULIHAN KONSEP SAINS (PeKOS)
1
2
AHMAD ADNAN MOHD SHUKRI , AMAT KAMAL SA’ARI , GEETHA
4
3
RAMACHANDRAN , MUSLIYANA SALMA MOHD RADZI , MOHAMMED
5
YUSMIE MOHAMMED YUSOFF
1,2 SK Sungai Tiang, Hutan Royal Belum, Peti Surat No. 13, 33300 Gerik, Perak;
3 4
SK Sultan Yussuf, Jalan Pusing, 31000 Batu Gajah, Perak; SK Sungai Salleh,
5
Jalan Serdang-Selama, 09800 Serdang, Kedah; SK Seri Tawai, Jalan Gerik
Lenggong, 33300 Gerik, Perak
1
adnan91shukri@edidik.edu.my
Kit Pemulihan Konsep Sains (Kit PeKOS) merupakan satu inovasi produk
yangdibangunkan dengan tujuan untuk menyediakan alat alternatif yang boleh
227