Page 224 - BUKU PROGRAM eSPeDIP2021 03092021
P. 224
Proses pendidikan perlu mengikut keperluan dan peredaran zaman dalam arus
moden pada masa kini. Guru perlu bijak dan kreatif dalam menjalankan kaedah
dalam PdPc. Kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi pada masa kini
(Mahasan Mahmood, 2003). Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif dalam
mengaplikasikan PdPc di dalam bilik darjah bagi mengatasimasalah pembelajaran.
Pembangunan inovasi menyediakan resos yang sesuai untuk pelbagaipendekatan
strategik pembelajaran. Penggunaan EaSy No 1-20 (1.0) yang berkonsepkan
bermain sambil belajar dapat membantu murid prasekolah mengenal nombor 1-20
dengan betul. Kaedah yang diubahsuai daripada botol dan penutup botol kepada
kalendar. Bahan ini adalah bahan yang terbuang. Easy bermaksud mudah No
adalah nombor. Inovasi ini memudahkan murid mengenal nombor 1-20. Konsep
bermain sambil belajar dapat menarik minat murid lebihfokus dan seronok untuk
belajar. Easy No 1-20 (1.0) merupakan bahan bantu mengajar yang melibatkan
tunjang Sains dan Teknologi Matematik Awal (MA) untuk mengenal nombor 1-20.
Terdapat 5 orang murid prasekolah SK Datuk Usman Awang tidak mengenal
nombor tersebut. Mereka tidak mengenal nombor dan tidak dapat menyusun
nombor 1-20 dengan betul. Mereka juga menulis nombor terbalik. Objektif Easy No
1-20 (1.0) ialah murid dapat mengenal nombor 1 hingga 20 dengan betul.
Membilang nombor 1 hingga 20 dengan betul. Menyusun nombor 1hingga 20
dengan betul. Menulis nombor dengan betul. Cara menggunakan Easy No 1-20
(1.0) ialah murid membuka kertas warna petak pertama dan terdapat susunan
nombor 1 hingga 20 dengan menggunakan kalendar. Murid akan menyebut
nombor yang dilihat. Latihan pengukuhan adalah menulis nombor 1-20 pada
lembaran kerja. Aktiviti pengayaan murid bermain ketinting nombor dan teka saya.
Selepas menggunakan Easy No 1-20 (1.0) 5 orang murid menguasai100% nombor
1 hingga 20. Potensi untuk disebar luas kepada Kelas Prasekolah, murid Tahap
1,Kelas Pendidikan Khas dan Kelas Pemulihan Khas.
Kata kunci: inovasi, nombor, mengenal, bermain, murid
KC52
“EZ-KKA”KETINGTING KARANGAN AUTOBIOGRAFI: KAEDAH MUDAH
MERANGKADAN MENULIS KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI
ZUL HAZMI BIN HAMAD
SJK(T) Ladang Repah
73000 Tampin, Negeri Sembilan
zulhazmihamad@gmail.com
Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan keupayaan dan penguasaan murid dalam
pembelajaran kemahiran menulis karangan jenis autobiografi dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dengan menggunakan alat inovasi EZ-KKA. Inovasi ini merupakan
suatu kaedah dan teknik pengajarandan pembelajaran (PdP) yang berasaskan
kepada penggabungan teknik didik hibur, iaitugamifikasi yang berkonsepkan
permainan tradisional ketingting serta teknik akronim bagi membina asas murid
dalam kemahiran menulis karangan autobiografi. Alat ini menggunakan prinsip
psikomotor dan ditambah nilai kepada aplikasi telefon pintar yang seiring dengan
konsep pendidikan abad ke-21 dan pembelajaran akses kendiri agar bersesuaian
dengan situasi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Sampel kajian
terdiri daripada 17 orang murid tahun 4 hingga 6. Data dikumpulkan melalui kaedah
kuantitatif yang terdiri daripada ujian pra,ujian pasca, analisis dokumen dan soal
220