Page 149 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH BANDAR BARU PUTERA
P. 149
PROGRAM FROG VLE
( 1 ) PENGENALAN
1. Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang
menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan
kaedah maya.
( 2 ) MENGAPA FROG VLE
- Frog VLE sungguh mudah dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
- Pengguna boleh membina laman web menggunakan Pembina Laman seret dan lepas dengan
hanya beberapa klik sahaja
- Antara muka Frog VLE adalah berwarna-warni anggun dan memikat hati proses pembelajaran pasti tidak
membosankan.
- Frog VLE adalah kaedah baru pembelajaran interaktif yang memenuhi gaya pembelajaran berbeza.
( 3 ) SIAPA PENGGUNA
GURU :
- Boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar.
- Boleh menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain.
- Boleh merancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat,
membuat, menyertai atau memasukkan acara.
PELAJAR :
- Boleh mereka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan,
- Boleh menyelelesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat
dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.
- Boleh meneroka video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond,
IBU BAPA :
- Boleh mencari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun
borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.
- Boleh mengetahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan
papan notis sekolah,
( 4 ) ID USER
4.1 Semua guru, murid dan ibu bapa diberikan ID USER dan kata laluan percuma untuk digunakan.
105