Page 2 - Bingo Chem 2018
P. 2
PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2018
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
1.0 KATEGORI
Individu Sekolah Menengah
2.0 TAJUK INOVASI
‘BINGO CHEM’
3.0 SINOPSIS INOVASI
Semasa pengajaran Kimia tingkatan 4 dan 5, guru mendapati pelajar tidak dapat
menguasai kemahiran menulis formula kation dan anion dengan betul. Kelemahan ini
amat membimbangkan memandangkan kemahiran menulis formula ion dengan betul
merupakan sebahagian daripada kemahiran asas kimia yang penting untuk
menguasai kemahiran lain seperti kemahiran membina formula kimia dengan betul,
kemahiran menulis persamaan kimia yang seimbang, kemahiran menghitung bilangan
zarah, jisim dan isipadu yang berkaitan mol. Malah sebahagian besar sukatan
pelajaran Kimia Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melibatkan kemahiran asas menulis
formula kimia dengan betul. Guru sedar bahawa pembelajaran yang melibatkan
penglibatan pelajar yang aktif adalah lebih bermakna. Oleh demikian, guru mereka
cipta satu permainan kad kimia yang boleh membantu pelajar mengingat formula
kation dan anion dengan betul. Permainan kad kimia ini dipanggil ‘BINGO CHEM’.
‘BINGO CHEM’ merupakan gabungan istilah ‘Bingo’ seperti permainan kanak-kanak
dahulu dengan istilah ‘Chem’, kerana permainan ini mengguna pakai formula ion
dalam kotak permainan bingo yang telah diubah suai.
Ujian Pra mendapati peratus min markah pelajar adalah 66.7 % untuk kemahiran menulis
formula kation dan anion. Selepas permainan ‘BINGO CHEM’ sebanyak tiga kali ulangan,
Ujian Pos menunjukkan peningkatan kepada 85.7 % kemahiran tersebut.
Pemerhatian pengkaji mendapati pelajar terlibat secara aktif dalam permainan ini dan
interaksi antara pelajar dengan pengkaji sebagai guru turut meningkat. Ada juga bukti untuk
menunjukkan pelajar mendapat kesan motivasi yang tinggi daripada permainan ini.