Page 3 - Bingo Chem 2018
P. 3

4.0    OBJEKTIF INOVASI

           4.1     Meningkatkan kemahiran untuk menghafal dan menulis formula kation dan

                   anion dengan betul
           4.2     Meningkatkan kemahiran menulis formula kimia dengan cepat dan tepat.

           4.3     Mewujudkan satu suasana PdPc yang seronok dalam mempelajari kimia

                   apabila murid yang lemah dan pandai boleh berinteraksi dengan baik dalam

                   permainan ini.
           4.4     Mengatasi masalah murid yang lemah dalam konsep asas yang penting

                   dalam menjawab soalan kimia SPM.

           4.5     Meningkatkan motivasi murid dalam mempelajari kimia yang sering dianggap
                   satu matapelajaran yang sukar.



    5.0    KUMPULAN SASARAN
           21 orang murid tingkatan empat Kelas Hibiscus tahun 2017 yang akan disasarkan

           50 % mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam peperiksaan akhir tahun 2017.

           Mereka merupakan calon-calon SPM yang akan menduduki peperiksaan awam pada

           tahun  2018.    Kumpulan  pelajar  ini  merupakan  fokus  utama  program  ini

           memandangkan peningkatan gred purata pencapaian kimia bergantung pada murid-
           murid kelas ini.



    6.0    LATAR BELAKANG / KRONOLOGI INOVASI
                   Masalah  ketidakkukuhan  penguasaan  pelajaran  merupakan  antara  masalah

           yang sering dihadapi oleh murid di dalam mempelajari konsep semasa pembelajaran

           kimia. Masalah sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh para pendidik. Mereka
           seharusnya  berusaha  untuk  mencari  alternatif  bagi  mempelbagaikan  kaedah  dan

           strategi  semasa  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  supaya  segala  konsep  dan

           pengetahuan  yang  hendak  disampaikan  mudah  difahami  oleh  murid  (Adawiyah

           Hayati, 2004).
                   Pengetahuan  kimia  dalam  kalangan  murid  tidak  akan  dapat  berkembang

           dengan  penghafalan  fakta  dan  replikasi  aktiviti  semata-mata,  tetapi  hanya  melalui

           penerapan  pengetahuan  ke  dalam  sesuatu  situasi  sebenar  (Kozma,  2000).  Murid

           menghadapi  masalah  dalam  menggambarkan  perwakilan  kimia  yang  memerlukan
           pertautan kognitif antara komponen konseptual dan komponen visual (Wu, Krajcik, &

           Soloway,  2001).    Masalah  ini  timbul  kerana  pelajar  tidak  dapat  mengoperasikan

           perwakilan visual dalaman dan luaran. Pembinaan bahan visualisasi yang mempunyai
   1   2   3   4   5   6   7   8