Page 8 - Bingo Chem 2018
P. 8

PENUTUP

    Guru amat berpuas hati dengan kesan positif yang dibawa oleh permainan ‘BINGO CHEM’

    terhadap penguasaan murid dalam kemahiran asas kimia yang selama ini menjadi

    kelemahan murid kimia. Selain analisis kuantitatif yang menunjukkan peningkatan positif,

    guru juga amat berpuas hati apabila dapat mengesan beberapa kelemahan murid yang

    sebelum ini tidak disedari oleh guru sendiri. Antaranya:

    a) Ion tidak boleh berdiri sendiri sebagai sebatian.

    b) Menulis sebatian ionik dengan mendahulukan ion negatif. Sepatutnya ion positif

        didahulukan dan diikuti dengan ion negatif



    Guru juga mendapati murid amat seronok bermain ‘BINGO CHEM’. Interaksi antara murid


    juga lebih mesra dan rapat. Murid yang lazimnya diam dalam kelas turut terlibat secara aktif

    dalam permainan ini. Terdapat juga murid yang lemah termotivasi apabila mereka berjaya

    menang dengan menyebut ‘Bingo !!!’.



    Guru akan cuba mereka bentuk permainan atau aktiviti yang boleh membantu pelajar dalam

    dua  lagi  kemahiran  asas  yang  tidak  dilibatkan  dalam  permainan  ‘BINGO  CHEM’,  iaitu

    membuat perhitungan berkaitan mol dan menulis persamaan kimia yang seimbang pada

    masa akan datang. Permainan ini akan diteruskan untuk menguji murid kelas tingkatan 4

    pada tahun ini. Akhir sekali permainan ini juga boleh dijadikan sebagai set induksi sebelum

    memulakan PDPc pada masa akan datang untuk tajuk-tajuk kimia yang lain.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12