Page 7 - Bingo Chem 2018
P. 7
8.1 Keberkesanan inovasi kepada pembelajaran dan pengajaran (sertakan bukti)
8.4.1 Murid boleh menyebut formula kation dan anion dengan betul lebih
ramai.
8.4.2 Lebih ramai murid boleh menulis formula kation dan anion dengan betul
(Rujuk perbezaan ujian pra dan ujian pos)
8.4.3 Murid lebih seronok dalam menjalani PdPc kerana sambil mereka
bermain, mereka boleh menghafal formula-formula kation dan anion
secara tidak langsung.
8.4.4 Bilangan murid yang mendapat gred B hingga A+ dalam peperiksaan
akhir tahun bagi kelas 4 Hibiscus meningkat. (Lihat Lampiran 6)
8.2 Potensi untuk disebar luaskan kepada pihak lain
Hasil kerja ini adalah untuk dikongsi bersama dan disebarkan seluas-luasnya
untuk kebaikan semua pihak. Permainan ini boleh digunakan dengan mudah
oleh guru-guru kimia yang lain bagi mengukuhkan asas kimia murid-murid
mereka.
Permainan ini juga mempunyai nilai komersil untuk dijual dan dijadikan
sumber kewangan panitia kimia. Harga kos bagi satu set permainan (5 keping
papan ‘Bingo Chem’ dan 5 batang marker pen whiteboard) adalah RM 20.00.
Maka harga jualan bagi satu set permainan ‘Bingo Chem’ adalah RM 30.00
dengan keuntungan RM 10.00 bagi setiap satu set.
8.3 Keterangan yang berkaitan
Permainan ‘Bingo Chem’ ini adalah satu permainan yang mudah dan boleh
dikendalikan oleh semua orang. Permainan ini boleh digunakan dalam kelas
‘relief’ oleh guru-guru lain semasa ketiadaan guru matapelajaran kimia. Dengan
ini, ia menjimatkan masa PdPc guru kimia.
Permainan ‘Bingo Chem’ merupakan satu kaedah 2 dalam 1 dimana di
samping murid bermain dengan seronok, secara tidak langsung mereka akan
mengingat setiap formula kation dan anion berikutan mereka telah menyebut
setiap formula itu dengan berulang kali.
Adalah menjadi harapan saya agar guru-guru kimia yang menghadapi masalah yang sama
terhadap kebolehan murid-muridnya untuk mengingat formula kation dan anion boleh
menjadikan permainan ini sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pelajar mereka di
sekolah masing-masing.