Page 4 - Penulisan Akademik (NPDL) TAY
P. 4
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan atas
pengurniaan kesihatan yang menyeluruh kepada saya untuk menyiapkan penulisan
ini tepat pada masanya.
Seterusnya, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa yang saya sayangi. Mereka telah memberikan dorongan dan sokongan moral
yang padu kepada saya semasa saya berada dalam proses pencarian maklumat.
Galakan mereka telah menjadikan saya tabah menghadapi setiap masalah.
Ucapan terima kasih juga saya sampaikan kepada warga Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Melayu terutamanya pensyarah Kursus Asas Kepimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru (EDUP3083), Encik Badrul Hisham Bin Mokhtar
kerana beliau sentiasa bersedia untuk menjawab persoalan saya. Beliau tidak jemu
memberikan tunjuk ajar apabila kami menghadapi masalah. Kesungguhan beliau
amat saya hargai.
Saya juga menujukan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang sentiasa menemani saya untuk mengharungi masalah
bersama-sama. Pelbagai perbincangan telah dilakukan bersama untuk menjanakan
idea yang bernas dan kreatif. Sifat saling mengongsi ilmu ini sememangnya
memainkan peranan penting untuk menjadi seorang pendidik.
Akhir sekali, saya mengungkapkan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa saya dalam proses
menjayakan penulisan ini. Saya bersyukur kerana pemahaman saya terhadap laluan
perkembangan profesionalisme keguruan telah bertambah selepas menyelesaikan
tugasan ini. Sebagai tambahan, ilmu penghasilan pelan pembangunan diri dan
pembangunan kerjaya amat berharga dan amat praktikal bagi saya.
iv

