Page 5 - Penulisan Akademik (NPDL) TAY
P. 5

1.0     PENGENALAN
               Beausaert (2011) menyatakan bahawa pembangunan diri ialah usaha membina modal insan
               dan tenaga kerja bermutu melalui aktiviti pembelajaran intrapersonal dalam pengembangan

               bakat  dan  potensi  individu.  Irving  dan  Williams  (1999)  menghuraikan  bahawa  proses
               perkembangan  aspek-aspek  dan  kemahiran-kemahiran  tertentu  dalam  pembangunan  diri

               dapat dirancang, dicapai dan dinilai. Jika dibandingkan, pembangunan kerjaya ialah proses
               perkembangan  pekerja  dalam  penyesuaian  terhadap  kehendak  kerjaya  semasa  bagi
               memanfaatkan  individu  dan  organisasi  yang  terlibat  (Chetana  &  Mohapatra,  2017).  Abdul

               Hafid  et  al.  (2016)  menakrifkan  perkembangan  kerjaya  sebagai  pengalaman  belajar  yang
               teratur dalam jangka masa tertentu bagi memungkinkan peningkatan pretasi pertumbuhan

               tugas  yang  sesuai  dengan  perubahan  persekitaran  dalam  aktiviti  sesebuah  organisasi.
               Nawawi (2001) menekankan bahawa perkembangan kerjaya perlu memfokuskan pemupukan
               kesedaran  objektif  (peranan  hakiki)  dan  kesedaran  subjektif  (nilai,  sikap  dan  motivasi)

               seseorang pekerja. Dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia, guru dapat dianalogikan
               sebagai pekerja yang berkhidmat dalam profesion keguruan. Sejajar dengan perbandingan
               tersebut, pembangunan profesionalisme keguruan ialah usaha pemantapan kecekapan dan

               keberkesanan pelaksanaan tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dalam pelbagai
               peringkat kerjaya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016).


                       Penulisan ilmiah ini menyediakan pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya
               penulis sebagai seorang guru profesional dalam pemartabatan imej sebuah sekolah kawasan
               pedalaman untuk membentuk sebuah institut pendidikan yang berwibawa. Menurut nukilan

               Triandani dan Anggriani (2015), perancangan kerjaya bertitik tolak daripada andaian asas
               bahawa  seseorang  individu  yang  baru  ditempatkan  di  sesuatu  organisasi  akan  terus
               berkhidmat untuk organisasi tersebut sehingga dia bersara. Untuk itu, penulis mengambil kira

               bahawa penulis akan bertugas di sekolah yang sama sepanjang tempoh perkhidmatan.




               2.0     ANALISIS SWOT

               Menurut KPM (2016), analisis SWOT dapat membimbing Pengawai Perkhidmatan Pendidikan
               (PPP)  memilih  laluan  kerjaya  yang  sesuai  dan  membuat  refleksi  diri  sebelum  merangka
               rancangan  aktiviti  Pembangunan  Profesionalisme  Berterusan  (PPB).  SWOT  merupakan

               rangka perancangan sistematik yang digunakan untuk menilai seseorang individu, sesuatu
               organisasi, pelan atau projek (Gurel & Tat, 2017). Berdasarkan penulisan Bonnici dan Galea
               (2015), analisis SWOT merangkumi faktor dalaman dan faktor luaran sesuatu rancangan dan

               setiap faktor yang dikemukakan saling melengkapi untuk menjayakan rancangan tersebut.




                                                                                                         1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10