Page 10 - Penulisan Akademik (NPDL) TAY
P. 10
3.2 DG44
Jadual 4.0
Pelan Tindakan Penulis Sebagai Guru Beraspirasi
PELAN TINDAKAN UNTUK DG44
MATLAMAT UTAMA KEMAHIRAN / KOMPETENSI TINDAKAN
Peningkatan akademik Ilmu bidang pengkhususan • Program Ijazah Sarjana bidang pengajaran
Kaedah pedagogi • Aplikasi TMK dalam PdPC
Penguasaan
pengetahuan Pengurusan kurikulum • Pengurusan panitia: Pelan strategik
(Headcount)
profesionalisme
• Kursus masalah pembelajaran: Pendidikan
Kreativiti dan inovasi pedagogi
Khas dan Pendidikan Pemulihan
• Kursus kepengelolaan dan pentadbiran
Pentauliahan kokurikulum
• Kursus kepegawaian dan pengadilan
Penguasaan
kemahiran Penulisan ilmiah • Kursus kaedah penulisan artikel dan jurnal
profesionalisme
• Kursus analisis data
Penyelidikan akademik
• Kursus kajian tindakan
Penguasaan nilai dan Nilai dan etika • Pengurusan tingkah laku dal kurikulum
etika profesionalisme
Bagi mempertingkatkan penguasaan penulis terhadap ilmu bidang pengkhususan, penulis
akan menyertai Program Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu. Program tawaran Fakulti
Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (2021) memberikan penekanan khusus
kepada bidang yang berorentasikan kemahiran membaca dan mengarang, literasi,
pentaksiran, analisis kurikulum dan kreativiti dalam pengajaran Bahasa Melayu. Pelanjutan
pelajaran membolehkan penerokaan ilmu kebahasaan dan pendidikan Bahasa Melayu.
Bagi penguasaan pengetahuan profesionalisme, penulis menekankan pemerolehan
ilmu kaedah pedagogi, pengurusan kurikulum serta kreativiti dan inovasi pedagogi. Penulis
akan menyertai latihan pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) untuk memperoleh input baharu mengenai
perkembangan teknologi pendidikan semasa. Pengaplikasian TMK dapat memanfaatkan
pembelajaran melalui kepelbagaian bahan multimedia, platform pembelajaran dan mod
pembelajaran (Amah, 2016). Dalam keterhadan kemudahan TMK sedia ada, setiap murid
akan berpeluang mengakses kemudahan TMK bagi mendapatkan pengalaman pembelajaran
berbeza. Melalui penyertaan kursus pengurusan panitia, penulis selaku Ketua Panitia Bahasa
Melayu akan mempelajari cara penggunaan Headcount, iaitu program pengurusan data
6

