Page 13 - Penulisan Akademik (NPDL) TAY
P. 13
masalah, konflik dan krisis bagi meningkatkan produktiviti organisasi (Awakenimage, 2020).
Penulis selaku guru kompeten yang bertugas sebagai Guru Penolong Kanan perlu memimpin
rakan sekerja untuk mengenal pasti punca tekanan dan berupaya memberikan cadangan
penyelesaian yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut. Sebagai misalnya, penulis dapat
memanfaatkan analisis SWOT dan SOIF untuk tujuan itu setelah menyertai kursus
pengurusan krisis. Penulis akan mengambil peluang untuk menyertai kursus kemahiran
komunikasi berkesan bagi memastikan penjalinan hubungan profesional yang positif di dalam
sekolah. Selain berupaya menyampaikan arahan dengan jelas, keyakinan dalam pengucapan
juga berperanan penting.
Setelah berkhidmat selama tiga tahun sebagai Guru Penonlong Kanan, penulis akan
menghadiri Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan untuk dilantik
sebagai Guru Besar. Penulis wajar mencapai wajaran 80% dalam Penilaian Bersepadu
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam tiga tahun terakhir serta bebas daripada segala
tindakan tatatertib seperti yang tertera oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (2018).
Permohonan penulis juga perlu disahkan oleh Ketua Jabatan penulis.
4.2 DG52
Jadual 6.0
Pelan Tindakan Penulis Sebagai Guru Profisien
PELAN TINDAKAN UNTUK DG52
MATLAMAT UTAMA KEMAHIRAN / KOMPETENSI TINDAKAN
• Kursus kepimpinan instruksional
Kepimpinan • Kursus kepimpinan transformasi
• Kursus kepimpinan berasaskan nilai
Penguasaan
kemahiran
profesionalisme Pengurusan kewangan • Kursus pengurusan kewangan
Pengurusan strategik • Kursus pengurusan strategik
Penguasaan nilai dan Nilai dan etika • Kursus peningkatan integriti dan etika kerja
etika profesionalisme cemerlang
• Memanfaatkan peruntukan kerajaan
Pemajuan fasiliti dan Pengurusan sekolah
kemudahan sekolah • Menjalinkan kerjasama dengan pihak
swasta
• Aspek pengurusan
Pembinaan Sekolah Pengurusan sekolah • Aspek kurikulum
Lestari • Aspek kokurikulum
• Aspek penghijauan
9

