Page 15 - Penulisan Akademik (NPDL) TAY
P. 15

4.3     DG54
               Jadual 7.0

               Pelan Tindakan Penulis Sebagai Guru Strategis


                                             PELAN TINDAKAN UNTUK DG54
              MATLAMAT UTAMA         KEMAHIRAN / KOMPETENSI                       TINDAKAN

              Penguasaan
              kemahiran             Pengurusan strategik           •  Kursus pengurusan perubahan
              profesionalisme

              Penguasaan nilai dan                                 •  Kursus perundingan
              etika profesionalisme   Komunikasi berkesan          •  Kursus perhubungan komuniti

                                                                   •  Kejayaan  kokurikulum  di  peringkat  negeri
              Pembinaan Sekolah                                      dalam masa 3 tahun
              Kluster               Pengurusan sekolah             •  Audit tiga tahun terakhir tanpa berteguran
              Kecemerlangan                                        •  Pencapaian skor komposit SKPM 80%
              Kluster C                                            •  80% dan ke atas murid  lulus semua mata
                                                                     pelajaran

              Prapenyandangan       Kursus mandatori               •  Advanced  Leadership  Development  and
              JUSA Gred C                                            Assessment Programme (A-LEAP)



               Selaku agen perubahan dalam alaf baharu ini, Guru Besar perlulah mempunyai kemahiran

               profesionalisme mengenai pengurusan perubahan untuk menjadi seorang pemimpin yang
               dinamik.  Kursus  ini  penting  untuk  melahirkan  pemimpinan  yang  mengiktiraf  keperluan
               perubahan,  membina  wawasan  baharu,  berupaya  menginstitusikan  perubahan  serta

               mempunyai  kompetensi  tertentu  untuk  membawa  perubahan  secara  terancang  (Institusi
               Aminuddin  Baki,  2020).  Setelah  menjalani  kursus  ini,  penulis  dapat  menganalisis  situasi

               organisasi  semasa  untuk  membawa  perubahan  bermanfaat  kepada  organisasi.  Sebagai
               misalnya, penulis menetapkan misi sekolah yang baharu seiring dengan pengenalan dasar
               pendidikan baharu oleh KPM berpandukan model-model tertentu.


                       Daripada  aspek  penguasaan  nilai  dan  etika  profesionalisme,  penulis  akan
               mendalami  ilmu  kemahiran  perundingan  dan  perhubungan  komuniti  bagi  menjamin
               keberkesanan  komunikasi.  Menurut  Al-Muz-Zammil  dan  Mohd  Irwan  (2010),  kemahiran

               berunding secara berprinsip penting untuk mencapai kesepakatan antara pihak perundingan.
               Guru  Besar  sebagai  pengurus  sekolah  secara  tidak  formalnya  terdedah  dengan  pelbagai

               situasi  perundingan.  Kemahiran  perundingan  selalu  berdampingan  dengan  penjalinan
               hubungan komuniti. Sebagai misalnya, Guru Besar perlu berunding secara rasional apabila
               berurusan  dengan  komuniti  setempat  seperti  pihak  PIBG  dan  syarikat  swasta  untuk






                                                                                                       11
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20