Page 16 - Penulisan Akademik (NPDL) TAY
P. 16
menampung dana program-program sekolah. Dengan pencapaian situasi menang-menang
melalui kejayaan rundingan, maka hubungan komuniti dapat terpelihara.
Sebagai usaha memajukan sekolah pedalaman tersebut, penulis akan memajukan
sekolah tersebut daripada aspek kurikulum dan kokurikulum secara menyeluruh untuk
mencapai gelaran Sekolah Kluster Kecemerlangan Kluster C. Daripada aspek kurikulum,
penulis akan bertindak mengadakan (a) Program Pementoran antara guru dengan murid; (b)
Program Teman Saya Belajar yang memberikan peluang kepada ibu bapa untuk menyertai
sesi PdPC di sekolah bersama anak-anak; (c) Program Pemacu Kecemerlangan untuk murid
pengayaan; (d) Program Pemacu Kelulusan untuk murid pemulihan; dan (e) Program Pasport
Merit untuk memberikan ganjaran kepada murid berdasarkan mata merit yang dikumpulkan
berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Untuk aspek kokurikulum, penulis akan menganjurkan
(a) Program Latihan Intensif untuk kumpulan atlet sekolah; (b) Persatuan Inovasi Kita untuk
mengalakkan budaya inovasi di sekolah; dan (c) Program Bimbingan Senior untuk murid-
murid berpangkat tinggi dalam unit beruniform melatih murid-murid berpangkat rendah.
Penulis akan melibatkan semua guru sekolah dan membahagikan peranan secara saksama
berdasarkan kepakaran untuk menjayakan program-program tersebut secara berperingkat.
Selanjutnya, penulis menghadiri program pra-JUSA, iaitu Advanced Leadership
Development and Assessment Programme (A-LEAP) untuk mara ke peringkat JUSA C.
4.4 Gred Khas
Jadual 8.0
Pelan Tindakan Penulis Sebagai Guru Berwawasan
PELAN TINDAKAN UNTUK GRED KHAS JUSA C
MATLAMAT UTAMA KEMAHIRAN / KOMPETENSI TINDAKAN
Penyandangan Kursus mandatori • Advanced Leadership and Management
JUSA C Programme (ALMP)
• Penubuhan Persatuan Guru Besar Sekolah
Pedalaman Malaysia
• Penganjuran seminar dan webinar
• Penganjuran simposium
• Penggalakkan inovasi pendidikan sekolah
Peranan hakiki
pedalaman
• Penghasilan Model Kepimpinan Sekolah
Pedalaman
• Menjadi perantara antara sektor awam,
swasta dan sekolah pedalaman
12

