Page 12 - Penulisan Akademik (NPDL) TAY
P. 12
4.1 DG48
Jadual 5.0
Pelan Tindakan Penulis Sebagai Guru Kompeten
PELAN TINDAKAN UNTUK DG48
MATLAMAT UTAMA KEMAHIRAN / KOMPETENSI TINDAKAN
• Kursus Mentoring and Coaching
Kejurulatihan
• Penganjuran Kursus Team Building
Penguasaan
kemahiran Penulisan Ilmiah • Kursus kaedah penulisan modul PdPC
profesionalisme
Kepimpinan • Kursus kepimpinan berkesan
• Kursus pengurusan tekanan atau
Nilai dan etika
Penguasaan nilai dan pengurusan krisis
etika profesionalisme
Komunikasi berkesan • Kursus komunikasi berkesan
Penukaran ke laluan • Program Kelayakan Profesional Pemimpin
kepimpinan Kemahiran asas dan wajib Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)
Daripada aspek penguasaan kemahiran profesionalisme, penulis akan mementingkan
kompetensi kejurulatihan, penulisan ilmiah dan kepimpinan. Sebagai guru kompeten, penulis
akan menyertai kursus Mentoring and Coaching menjadi pembimbing dan mentor kepada
guru-guru pelaksana untuk menguasai beberapa kemahiran seperti kemahiran mendengar,
bertanya, memerhati, memberikan maklum balas, menentukan fokus pementoran, berfikir,
dan membuat penilaian (Zahanim & Qurratu, 2018). Penulis mengutamakan perkembangan
pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme keguruan mentee. Bagi memupuk
kesepaduan antara rakan sekerja, penulis akan mengadakan kursus Team Building pada
peringkat sekolah. Aktiviti seperti Intervensi Profil Personaliti, permainan kumpulan dan
ceramah akan diadakan sepanjang kursus untuk mengeratkan hubungan antara rakan
sekerja (Awakenimage, 2018). Seterusnya, penulis akan berkolaborasi dengan beberapa
orang guru berpengalaman di sekolah untuk menghasilkan modul PdPC Tatabahasa Bahasa
Melayu sekolah pedalaman sebagai rujukan guru-guru baharu. Modul yang dihasilkan hendak
memuatkan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah, buku teks dan Tatabahasa
Dewan di samping penggunaan kaedah pedagogi terkini. Usaha ini dapat mengharumkan
nama sekolah dan menyumbang kepada bidang pendidikan. Penulis akan menghadiri kursus
kepimpinan berkesan sebagai pendedahan kepada cara dan gaya pentadbiran asas.
Dalam penguasaan nilai dan etika profesionalisme, penyertaan kursus pengurusan
krisis dan tekanan amat mustahak untuk melengkapkan PPP dengan teknik penyelesaian
8

