Page 119 - MAJALAH SRI JELASIN 2024
P. 119

HIKMAH DARI KEHILANGAN

                                               -Cikgu Sanarehan Sidik-


                  Saya menyaksikan kisah yang penuh inspirasi dan air mata. Manakan tidak,
               kisah cinta suami isteri, yang sedang melayari bahtera kehidupan berkeluarga

               penuh rasa kasih dan saling menyayangi, akhirnya direntap sekelip mata oleh
             perpisahan yang abadi. Kembalinya si suami menghadap Pencipta buat selama-
                   lamanya. Yang patah tidakkan tumbuh, yang hilang tidak mungkin ada
               penggantinya. Dialah kakak sulung saya, Rauhah. Allah berikan kekuatan luar

             biasa kepadanya demi mengharungi perjalanan sendiri membesarkan anak-anak
                                                    yang masih kecil.
              “Sayang, kalau abang tiada nanti, sayang akan cari pengganti abang tak?” tanya
                                          abang Khairul, suami kak Rauhah.
               “Abang ni, kenapa tanya Rauhah macam tu? Ish.. Mintak jauh la. Jangan main-

              main benda macam ni tau” kata kak Rauhah sememangnya tidak suka dan tidak
                                          mahu memikirkan tentang hal itu.
                  “Abang tanya aje sayang, manalah tahu abang pergi dulu nanti. Bolehlah
              sayang buat persiapan awal-awal,” kak Rauhah memandang suaminya. Dia tahu

                                       abang Khairul memang suka bergurau.
              “Abang ni, Rauhah mahu menyayangi abang sampai syurga tau. Tak ada sesiapa
               pun yang dapat menggantikan tempat abang untuk kami. Bagi Rauhah, abang
               ialah seorang suami yang sangat bertanggung jawab pada isteri dan keluarga
              serta seorang ayah yang sangat penyayang pada anak-anak. Rauhah tak mahu

                ada sesiapa menggantikan tempat abang,” bersungguh-sungguh kak Rauhah
                                                menjelaskan isi hatinya.
               “Amboi, sayang yakin sangat tu. Abang risau kalau abang pergi dulu, siapa nak
                jagakan sayang dan anak-anak nanti ya? Perpisahan akan berlaku, cuma kita

                sahaja yang tidak tahu bila masanya sahaja,” kelihatan manik-manik kecil di
                                             kelopak mata abang Khairul.
                 “Rauhah tak mahu kehilangan abang. Kami belum sedia,” kak Rauhah terus
               memeluk suaminya kemas, seakan-akan tidak mahu kehilangan abang Khairul

                                                untuk selama-lamanya.
              Air mata kak Rauhah terus mengalir tanpa henti. Bagaikan baru semalam abang
              Khairul mengucapkan kata-kata itu. Sebak dada tidak dapat ditahan-tahan lagi.
              Iya.. Allah sentiasa menguji hamba-Nya. Tapi kak Rauhah kelihatan tidak sekuat

                             itu ya Allah, bantulah dia, kuatkan emosi dan imannya.










                                                                                                            116
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124