Page 123 - MAJALAH SRI JELASIN 2024
P. 123

SERLAHKAN BAKATMU !

                                              -Wan Humaira Saleema-







           Sepanjang zaman persekolah, saya sering mencuba untuk menyerlahkan bakat
          saya di bidang pengucapan awam atau syarahan, dan saya sering melatih diri

          agar  tidak  segan  untuk  bercakap  di  khalayak  ramai.  Namun,  banyak

          pertandingan  yang  telah  saya  ikuti  sebelum  ini  tidak  berjaya  kerana  ramai
          pelajar yang lebih berbakat yang akhirnya menguburkan semangat saya.

           Namun, saya tidak menyangka pada tahun 2023, saya diberikan peluang untuk

          menguruskan  program-program  sekolah  melalui  chanel  youtube  TVPSS  SMK

          Kota  bersama-sama  dua  orang  lagi  rakan  seperjuangan.  Saya  mengambil
          peluang  tersebut  dengan  melaksanakan  setiap  tugas  dengan  sebaik  mungkin.

          Menceburi bidang kewartawanan memerlukan saya untuk menguasai beberapa

          perkara  asas  seperti  penyediaan  skrip,  menemubual  tokoh,  merakam  gambar

          atau video aktiviti, membuat suntingan dan meguruskan chanel youtube TVPSS
          SMK Kota.  Atas semangat juang dan komitmen sepanjang tahun ini, saya telah

          dinobatkan sebagai Tokoh TVPSS peringkat PPD KOTA BHARU.

            Sungguh  saya  tidak  menyangka,  penat  lelah  saya  akhirnya  terbalas  dengan
          kejayaan  yang  telah  saya  rangkul  ini.  Tidak  lupa  juga  tanpa  bantuan  guru

          pembimbing  saya,  Cikgu  Sanarehan  tidak  mungkin  saya  berada  di  tahap  ini.

          Syukur  Alhamdulilah.  Semoga  pengalaman  berharga  ini  akan  menjadi  batu

          loncatan untuk saya terus aktif memberi manfaat dalam kerjaya saya pada masa
          hadapan.

          Oleh  itu,  kepada  para  sahabat  pembaca  sekalian,  jangan  pernah  sesekali

          berputus  asa  dalam  apa  sahaja  bidang  yang  kalian  ceburi.  Bak  kata  pepatah,

          ‘belum  cuba  belum  tahu’.  Berusahalah  untuk  mendapatkan  sesuatu,  kerana
          sekali kita jatuh, bukan bermakna kita kalah. Bangunlah semula dan belajarlah

          dari  kesilapan  yang  lalu.  Usaha  sebaik  mungkin,  mudah-mudahan  kita  akan

          berjaya. Insya-Allah








                                                                                                            120
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128