Page 120 - MAJALAH SRI JELASIN 2024
P. 120
“Sabarlah Rauhah, ingat Allah banyak-banyak ya. Ingat anak-anak, mereka
perlu perhatian dari seorang ibu. Siapa yang tidak merasa perit atas
kehilangannya. Mak, abah dan anak-anak semua turut merasai. Sabarlah saying,
Allah ada,” kata-kata mak bagai mencucuk-cucuk jiwa kak Rauhah yang sedang
luka. Kami juga sugul melihat keadaan dirinya yang semakin lemah.
“Rauhah nak solat mak,” dia bangun perlahan meninggalkan mak. Mungkin kak
Rauhah tidak sanggup berperang lama dengan perasaan. Elok juga begitu agar
cepat kak Rauhah dapat menerima kenyataan yang abang Khairul telah pergi
dijemput Ilahi.
Awal pagi itu, saya mengintai bilik kak Rauhah yang kelihatan sedikit terbuka.
Mak pesan juga untuk sentiasa memantau keadaan dirinya, risau terbawa-bawa
dengan kesedihan yang tidak tertanggung. Kak Rauhah masih di hamparan
sejadahnya. Bersolat memohon kekuatan dan keredhaan dari-Nya.
“Masuklah Fasha, kakak tahu, Fasha ada di pintu,” sapa kak Rauhah, kedengaran
suaranya tenang sekali.
“Awal kak Rauhah bangun hari ni,” saya menyapa sambil melangkah masuk ke
bilik.
“Sudah dua minggu abang Khairul pergi menghadap Ilahi. Buntu akak, di mana
harus akak bergantung selepas ini, Fasha. Siapa yang nak hantarkan anak-anak
setiap hari ke sekolah? Siapa yang akan menasihati kak Rauhah dalam segala
urusan kerja mahupun di rumah? Akak tiada teman bicara. Semuanya terasa
kosong dan sepi,” kami berpelukan. Tak sanggup untuk mendengar rintihan kak
Rauhah lagi.
“Mak, kak Rauhah tak boleh kita biarkan begini, perlu ada sesuatu agar ruang
masanya terisi dengan lebih bermakna,” saya memberi cadangan kepada mak
dan ayah.
“Beginilah, ayah berhajat nak daftarkan Rauhah ke pusat pengajian. Biar dia
sambung belajar. Itu sahaja yang boleh buat Rauhah fokus pada sesuatu yang
baharu. Ayah juga tak sanggup melihat dia bersedih macam ni tiap-tiap hari,”
jelas ayah pada kami.
“Saya setuju perancangan abang tu pada Rauhah. Tapi mahukah dia?” berkerut
kening mak. Saya juga memikirkan perkara yang sama seperti mak.
“Apa kata, Fasha juga daftar sambung belajar juga dengan kak Rauhah.
Boleh?” tanya ayah, yang saya tahu, sememangnya dia memancing jawapan ‘ya’
dari saya.
117