Page 11 - RENTAP - HANIN 3DN
P. 11

HANIN NURFATIHA                           SEJARAH                            3 DARUL NAIM














                       Peristiwa penentangan Rentap telah  memaparkan kesungguhan pemimpin

               tempatan dalam mengembalikan hak rakyat serta mengembalikan tradisi masyarakat

               tempatan yang digubah oleh British. Pengenalan kepada sistem pentadbiran Barat
               menyebabkan  penderitaan dan penghinaan dalam kalangan penduduk tempatan.

               James Brooke yang cuba mengambil alih pemerintahan negeri dan mengganggu cara
               hidup tradisional orang Iban telah membangkitkan Rentap demi mengembalikan hak

               rakyat dan menentang pemerintahan James Brooke. Meskipun perjuangan Rentap
               berjaya ditumpaskan oleh Brooke, namun semangat juang mereka menjadi sejarah

               kebanggan kita dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang. Jelaslah bahawa

               kita perlu memiliki nilai kesungguhan dan kegigihan menentang penjajah sehingga
               sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan kedaulatan tanah air. Intihannya,

               sebagai warganegara Malaysia, kita bertanggungjawab sepenuhnya untuk
               memelihara keamanan dan kemerdekaan  negara yang dicapai  hasil perjuangan

               tokoh-tokoh ini. Kita juga perlulah bersatu-padu dan mengukuhkan nilai perpaduan

               dalam masyarakat agar kuasa asing tidak melihat kita sebagai negara yang boleh
               dijajahi.























                                                                                                           10
   6   7   8   9   10   11   12   13