Page 8 - RENTAP - HANIN 3DN
P. 8

HANIN NURFATIHA                           SEJARAH                            3 DARUL NAIM

















                       Peristiwa penentangan Rentap di Sarawak telah memberikan iktibar bahawa

               kita perlulah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Tanpa ilmu pengetahuan kita
               mudah dipermainkan oleh pihak yang lebih maju. Kegagalan Rentap dalam peristiwa

               penentangan beliau  adalah kerana kurang ilmu dalam menggunakan senjata

               moden.  Hal ini menyebabkan angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang
               Rentap ini pada Ogos 1854 kerana tembakan meriam merobohkan pagar kayu di

               sekeling rumah mereka manakala pasukan Rentap hanya ada bedil kecil sahaja untuk
               membalas tembakan meriam. Rentap sendiri telah tercedera semasa pertempuran

               ini.




                        Selain itu, kita juga perlu  mencontohi sifat kerjasama dan  semangat

               sepasukan antara  pemimpin dan  pengikut. Hal ini telah  diperlihatkan daripada
               kejayaan awal Rentap dan anggota pasukannya yang bekerjasama mempertahankan

               kubu di hulu Sungai Skrang.  Semasa mempertahankan kubu ini, pasukan Rentap

               telah melaung-laungkan semangat perjuangan mereka yang kental iaitu "Agi Bedarah,
               Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi masih berdarah, Selagi itulah melawan" dan

               slogan yang paling terkenal hingga ke hari ini ialah “Agi Idup, Agi Ngelaban” yang
               bermaksud "Selagi Hidup, Selagi itulah melawan".




                       Pada waktu yang sama, Kita patut mencontohi pemimpin tempatan  masa

               lampau yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Mereka tidak mudah berputus

               asa dalam perjuangan. Sifat tersebutlah yang menyebabkan mereka gigih berjuang
               hingga mencapai kejayaan. Mereka berani menegakkan kebenaran seperti menolak

               pengenalan sistem cukai dan undang-undang British kerana pembaharuan tersebut
               bercanggah dengan budaya dan nilai tempatan. Mereka memiliki jati diri yang tinggi

               menyebabkan mereka tidak mudah menerima pengaruh luar



                                                                                                           7
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13