Page 5 - RENTAP - HANIN 3DN
P. 5
HANIN NURFATIHA SEJARAH 3 DARUL NAIM
Rentap yang menjadi ketua Orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke
kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua
tempatan sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan.
Oleh itu, Rentap berasa tidak puas hati dengan perubahan dalam pentadbiran yang
dilakukan oleh James Brooke. Rentap dikatakan membenci Brooke kerana melihatnya
sebagai orang luar dan Barat yang berniat jahat ingin menguasai Sarawak dan
menghapuskan cara hidup masyarakat tempatan.
Selain itu, James Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional Orang
Iban yang mengamalkan amalan pemburuan kepala di kalangan kaum peribumi
Sarawak dengan beberapa pembaharuan. Kebangkitan Rentap juga tercetus apabila
James Brooke mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang
Iban dan ingin menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang.
Brooke juga menganggap penduduk tempatan yang menetap di sepanjang
Sungai Skrang, termasuk Rentap adalah lanun. Oleh itu, James Brooke berusaha
untuk menghampuskan penduduk di sepanjang Sungai Skrang. Jadi, James Brooke
cuba mengambil alih pemerintahan negeri dengan menggunakan helah menggelar
mereka lanun dan penjajah.
4