Page 9 - RENTAP - HANIN 3DN
P. 9

HANIN NURFATIHA                           SEJARAH                            3 DARUL NAIM






















                       Antara usaha untuk menghargai perjuangan tokoh tempatan adalah dengan
               melawat Muzium Negara. Dengan ini , generasi muda berpeluang untuk mendalami

               sejarah negara tentang perjuangan tokoh. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa

               anak melawati Muzium Negara pada hujung minggu atau pihak sekolah mengadakan
               rombongan ke Muzium Negara pada cuti sekolah.  Secara tidak langsung, mereka

               akan  menimbulkan  perasaan ingin tahu  untuk  mengetahui latar belakang tokoh
               kemerdekaan dan biografi tokoh. Melalui cara ini, mereka juga dapat menambahkan

               ilmu pengetahuan  yang luas. Oleh itu, cara ini wajar dijalankan kerana dapat
               memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.





                       Selain itu, cara  menghargai tokoh perjuangan  kemerdekaan juga dapat
               dijalankan  dengan mengambil  bahagian dalam  aktiviti  berkaitan sejarah. Sebagai

               seorang patriot,kita mestilah gigih melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh
               pihak  berkuasa  atau  menjadi sukarelawan. Selain daripada melibatkan  diri dalam

               program berkaitan sejarah, kita juga boleh  mengajak ibu bapa dan kawan untuk
               menyertai  program sebagai sokongan.Kita tidak boleh  bersikap enau dalam

               belukar,melepaskan pucuk masing-masing dengan beranggap bukan tanggungjawab

               kita.Dengan cara itu,kita dapat memeriahkan majlis sambutan bersama-sama orang
               berhampiran       serta   menjayakan       program      tersebut    dengan      kerjasama

               kita.Contohnya,kita  boleh menyertai sambutan Hari Kebangsaan,pertandingan
               deklamasi puisi dan sebagainya.Hal ini supaya dapat menunjukkan kecintaan dan

               kesyukuran kita terhadap sumbangan tokoh.








                                                                                                           8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13